Khamis, 27 Oktober 2011

Contest IKEA CLICK,TAG AND WIN

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Hari ini dalam sejarah..
1st tyme aku menang contest ON9..*cewi gila..syok xsangga..
Thanks to IKEA..
3 minggu berturut2 aku cuba nasib..
akhirnya menang juga for the last week..
pagi tadi,,aku ingat nak tag lagi gambaq kat page IKEA tu,,
tengok2 dah menang.. he he
pada yang tak menang,,cuba lain kali k..
ada rezeki insyaAllah dapat..
Apa yang penting,,kita cuba ja..menang tak menang lain kira..
k..
bye..

Sabtu, 2 Julai 2011

Hujung Minggu Bersama Ayahanda dan Bonda di TERATAK SAMUDERA KITA....

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Hari ini Sabtu,,
sepatutnya dekat maktab ada larian 1 malaysia..
tapi,,disebabkan mak ayah aku mai Terengganu,,
aku skip larian,then aku raikan mak ayah aku,,
lagi banyak faedah dan pahala aku dapat..he he
Macam biasa,,penginapan yang menjadi kegemaran mak dan ayah aku ialah di 
ya..WIFI sangat laju ye kawan2..
bilik serendah  Rm80 semalam..
chalet ni tepi laut di Pantai Mengabang Telipot.
pagi2 boleh la p dok tepi pantai tengok matahari terbit..
sesapa yang datang kuala terengganu,,boleh la singgah semalam dua kat sini..

                 Just Contacts Nor uzair : 019-3875588
                                                                         
Update:sedikit gambar sekitar chalet






Sabtu, 14 Mei 2011

EXAM MUNCUL LAGI.. arggghhh

Bismillahirrahmanirraimm..
Assalamualaikum...

Lately,,,aku malas gila nak update..
aku bukan tak on9..
everyday,,aku on9 ja..
cuma MALAS..
sampaikan nak exam pun,,
aku malas nak review nota2 subjeks2
 yang semuanya  penting2 belaka..
haddoyy...
tiap2 semester exam..
kalau lah exam dimansuhkan..
kan best..syurga gila..
tapi syurga donia ja la..
k ah..
babai..
nak p cari mood study..
ahaksss..

-END-

Rabu, 13 April 2011

Asyraf Wajdi..

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Eksaited nak tulih pasai anak menakan aku..
1st tyme..mesti ar cewi..
ni ha gambaq beby masa umoq dy 2 hari..

Asyraf Wajdi Bin Abdul Muain..

Pssst : Aku xsabaq plak nk tgu dy besaq..

-END-


Selasa, 12 April 2011

Gula naik harga lagi???

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Petang tadi,,pas p buat aktiviti sihatkan badan,,
aku p teman kawan aku beli kepok lekor depan maktab..
sementara nak tgu kepok lekor siap goreng,,
aku tengok la mak cik yang dok juai tu berjuai beli cucuq ngan budak sekolah yang mai kat gerai dy..
tetiba,,mak cik ni pesan kat sorang budak ni..

BUDAK TU :  (tengah syok dok tuang sos pencicah dalam plastik)
MAK CIK TU : Dik,,bubuh lada sikit2 dah la ye..GULA MAHAL LE NI..
AKU : *dalam hati je la..(watdehel???gula naik lagi???)

*************************************************
AKU : Mak cik,,gula naik harga??berapa dah skarang??
MAK CIK TU : RM2.20
AKU : Tu dia aih..naik lagi..haritu dah la naik banyak dah..
MAK CIK TU : Tu la..susah la..

*************************************************
Aku kesian jgk tgk mak cik tu..
ye la..nak xnak,,peniagaan perlu diteruskan...
kalo x,,apa boleh buat??tu ja punca rezeki dy..
Untuk org2 kaya,pak2 menteri dan konco2nya,,
mungkin kenaikan harga gula sebanyak RM0.10 tu xmemberi impak langsung pada depa..
tapi,,bagi golongan yang macam mak cik tadi  dan seangkatan dengannya,,
terasa kotttt..walaupun sikit..
sedey dengan situasi MALAYSIA hari ni...
xdak apa yang turun..
semuanya nak NAIK!!!!
minyak naik..
santan naik..
sayoq naik..
gula naik..
bla bla bla naik..
ni yang aku pun nak NAIK minyak ni...
kalau elaun aku dinaikkan seiring dengan kenaikan harga2 barang dipasaran  xpa gak..ahakssss..
boleyh gak aku belanja mak cik kepok lekor tu beli gula..hi3..
*ni niat murni aku kalau elaun aku naik..hampa apa taw???

k ar..pukui 7.30 pagi satgi ada perbarisan kawad pandu puteri kadet plak..
ok.. see u later..nak tidoq..zzzzzzz
babai..

-END-




Ahad, 10 April 2011

Kelahiran Hero Baru Dalam Family aku..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Pagi2 ni tetiba aku jadi rajin gila nak update..
hi hi hi..
bukan apa..excited dapat anak menakan baru kottttt..
Tahniah Ufa..*merujuk kepada kak aku yang no 2..
Untuk pengetahuan hampa,,dy dapat baby boy...dgn berat 2.5 kg..
yuhuuuuuuuu..i loikeeee..
dy baru mesej aku pagi2 buta tadi ..

UFA : Na,,anak aku mata macam anak cina..
AKU : Tu dia aih,,hidung mancung dak??
UFA : xmancung..penyet macam hidung hang ngan nani..
AKU : huh!!

Weyh..sentap hati mak dik nonnnnnn..
dy cakap hidung penyet macam AKU???..
Aku ingat mancung macam dy..
sebab kak ngah aku hidung ala2 hindustan gitu...ahakss
xpa2,,asalkan sihat dan sempurna..
alhamdulillah..
eeeiiii..xsabaqnya nak balik rumah...
cepat la 27 APRIL!!!
aku nak tuang kelas ni..hi hi hi...

****************************************************

Rasa macam baru ja kak aku kawin..tup2 dah ada anak..

December 2009..
Ni gambaq kak aku masa dy tengah ngandung..gangster gila muka anak2 murid dy..ha ha

*pssst : -aku rasa,,mata anak kak aku macam cina sebab sepanjang mengandung kak aku asyik tgk muka budak cina ja hari2..ha ha..nama pun mengajaq kat sekolah cina...
-gambaq baby nanti aku balik rumah,,aku upload eh??..hi hi hi..

k..
-END-

Weekend yg bosan! x reti reti nak jengah?

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..

Ekceli ini segmen yang telah dibuat oleh pinky momma sempena weekend ni.
saja aku  gedik nak join..hi hi..bukan senang nak jumpa..ok..
just klik banner bawah ni kalo nak join..mudah dan senang kira..


Ni jawapan bagi  kenapa aku bosan ujung minggu ni..

 1.sebab aku xsiap esaimen lagi..so,,boring ar asyik ngadap laptop ja..malam ni baru free banyak..bleyh la join segmen pinky momma ni..alhamdulillah...syukur.ada jugak masa..
2.sebab aku dok kat Terengganu kot..xbest kalau nak p shoping complex..so,,ujung minggu pun akan bertukaq menjadi hambaq*wujud ka vocab HAMBAQ dalam bahasa kedah??erk@#$%^&..

k..pinky momma..DONE!!
he he..

-END-

Khamis, 24 Mac 2011

LAGU DUNIA ...Pandu Puteri Kadet..

Assalamualaikum..
Malam ni aku terlebih rajin..
tetiba nak post lagu pandu puteri..
gegeh gila kan??
biaq ar..
janji aku suka..
JOM nyanyi JOM!!


Lagu Dunia


Arah kita jelas ke depan
bendera berkibar
tidak berlipat di dunia
harapan abadi
bersatu untuk kebenaran
 persahabatan kukuh
selagi dunia masih ada
akan nyanyi
lagu ini

ni versi melayu..english punya nanti ar..aku xhapai..
ni pun ntah betoi ntah tidak aku taip..hi hi hi..
macam habih dah lagu lain sampai dok nyanyi lagu pandu puteri..
k..ar..
sapa yang taw dy  punya muzik,, nyanyi ar..
yang xtaw tu,, p download la kat mana2 yang buleh..
pastu nyanyi sampai lembam*pepatah  akak  siah..
k..babai..

-END-



Rabu, 23 Mac 2011

JOM JOIN BLOGLIST ANNA MARDHIAH


Assalamualaikum..

Hari ni free banyak..
so,,jalan2 pegi blog orang..
tiba2 jumpa blog Anna ni..
dy ada buat segmen utk join bloglist dy..
aku dengan suka hati,,JOIN la..he he

Sesiapa sahaja boleh JOIN..xdak tarikh tutup..
senang saja..JUST ikut arahan kat BAWAH ni..Jom3..

1st :Copy header Anna yang kat bawah ni,,dan link kan ke blog dy..


Ok..DONE..


2nd : Tajuk letak  "JOM JOIN BLOGLIST ANNA MARDHIAH"

DONE..

3rd :  Bagi ulasan sikit pasal blog dy..

Ok..ni serba sikit pasal Anna..Sy kenal Anna ni dari blog Ben Ashaari..Sebelum ni xpernah terserempak pun dengan blog Anna..tapi,,tadi tiba2 terjumpa dan tergerak hati nak klik link blog dy...Ayat "BUKAN SEMUA BOLEH SIMPAN DALAM HATI" kat header blog Anna sangat saya sokong..so,,jadikan blog sebagai sasaran..he he ok..itu saja..

4th : Bagitau tuan punya blog Laki ka Pompuan

perempondanpuan.he he

5th : Dah siap,copy n paste kan link entry hampa kat ruangan komen kat entry ni.



SIAP..senang kan??tunggu apa lagi??
ayuh meriahkan segmen Cik Anna ni..

=END=

                  

Ahad, 20 Mac 2011

T.E.K.A.N.A.N

Assalamualaikum...



BANYAK sangat KEJA...
Punca aku jugak..
PADAN MUKA aku..
wuwuwuwuwuuw ='(
Cuti seminggu tak pulak tergehegeh buat kheja..
PADAN MUKA aku lagi.. 
astagfirullahalazimmmmmmmmmmmmmm...

Ya Allah..bagi la aku kerajinan yang tinggi utk siapkan semua kheja2 aku ni..


=END=




Khamis, 17 Mac 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL


Assalamualaikum..

Ni 1st tyme aku join segmen Ben Ashaari..
sebelum ni teringin nak buat..tapi xbuat2 pun..
so,,kali ni aku join betoi2..
kalau hampa nak join,,boleh lagi..sempat lagi ni..
tarikh TUTUP ,,tengah malam ni..
klik banner kat bawah ni kalo nak join..CEPAT!!



1.Anda pernah jatuh cinta? apakah yang membuatkan anda
jatuh cinta? kerana fizikal atau keperibadiannya?
Pernah..jatuh cinta sebab dua2..fizikal dan peribadi ..

2.Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih
pasangan hidup? kenapa?
YA, sebab fizikal tu boleh nampak..kalo xsedap mata memandang,,
ada ja aku nak kutuk..ha ha...betoi la..ni aku ikhlas..xtipu punya..


3.Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik? kenapa?
Jari...sebab aku suka  tengok jari orang..

4.Pendapat anda, jika pasangan yang dah berkahwin
mengatakan 'berisi tandanya bahagia'... apakah anda setuju?
Setuju!!ha ha..berisi tandanya bini dia pandai jaga makan minum dia la kan..


5.Setujukah, lelaki kacak biasanya kaki perempuan dan
perempuan cantik pula materialistik? jelaskan...
Skarang ni dak jugak..
yang xhensem pun berlungguk ja jadi kaki pompuan..
dan yang xcantik pun ada ja materialistik..

6.Berikan contoh lelaki idaman?
sila jelaskan pilihan anda... kenapa anda pilih si dia?
Apa yang penting,,ada AGAMA..


7.Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang?
Ya..sangat berpuas hati..


8.apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri?
Alhamdulillah..bersyukur dengan fizikal yang sempurna..
cuma nak KURUS banyakkkkkkkk lagi.. =p

9.Perlukah seorang wanita/lelaki menjaga tubuh badan
kerana kehendak pasangannya?
  
Ikut pada orang jugak..pada aku,,penting jugak..tapi aku ni pun xkurus2 lagi camana??ha ha ha

10.Zaman sekarang ini, terlalu banyak produk menguruskan badan..
apakah anda rasa ianya benar2 mujarab? ada bukti?
Ada yang boleh pakai ada yang x..
Stakat ni,,ada jugak yang betul2 jadi..tapi mesti disiplin gila2 punya..
aku xtahan la disiplin2 sangat ni...hadddoyyyyyyyy..

DONE!!

Rabu, 16 Mac 2011

MILO mengandung lagi..YAHOOOOOOO!!

Assalamualaikum..

Berita baik..
kucing aku yang bernama MILO..
mengandung lagi..
alhamdulillah...
patah tumbuh hilang berganti nampaknya..
moga2 kandungan dia kali ni sihat dan setanding dengan kandungan yang ke 2 haritu..
cuma yang ke 2 haritu semua dah pergi xkembali disebabkan KEHILANGAN dan KEMATIAN..
wuwuuwuwuuwuuw ='(
penat mak aku bagi makan..tapi xpala..nak buat macam mana..benda dah jadi..
apa yang pasti,,akan muncul generasi MILO terbaru punya xlama lagi..yeaahaaa
aku xpasti bila MILO due..tapi rasanya bulan depan kot..eceh..
dah makin membulat dah aku tengok perut dy tadi..
SERONOKKKKKKK!!
Ni MILO masa last year..latest punya aku xsempat nak ambik..


psttt : Supaya MILO mendapat zuriat yang mampu membantu menggembirakan hidup tuannya yang yang dalam kesepian..terutamanya mak dan ayah yang berDUA ja kat rumah..taw MILO taw!!*kalau la MILO dapat baca blog..kan best.
=END=


SERABUT!!!!!!

Assalamualaikum..

Seraabut gila nak mampuih pala otak aku harini..
tension gila...
assignment BANYAK xsiap lagi..tapi dan lagi update blog!GILA
Ya Allah bagi la aku kekuatan nak menaip semua kheja2 yang menimbun ni..
Tulat dah nak balik maktab..Tunggin dah start kuliah..haddoy..
SABO JE LA...


pssttt : Ni baru degree..belum ambik master ngan PHD lagi..
mau luruh semua rambut2 aku nak siapkan thesis bagai..ha ha

=END=

Ahad, 13 Mac 2011

Langkawi With love..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum..

Harini  nak update pasai Langkawi..
Ekceli aku p Langkawi last wik..
tapi kat rumah mana ada internet..so,,
hari ni baru bley update kat blog..
ni pun on9 kat library aloq staq..
line lambat gila..
tapi xpa..janji ada line.. =)

**********

Langkawi best ka??hurm..ok la..
bagi aku orang Kedah ni,,mungkin xrasa sangat kot keHOTannya..
tapi,,kawan2 aku yang xpenah pegi,,yang mai dari negeri bukan Kedah,,,
mesti la syok + teruja nak mai Langkawi..
xpa..aku suka bila kawan2 aku seronok mai KEDAH..
lagi pun aku lama dah xpi Langkawi..

Aku p Langkawi dengan ayah  dan 3 orang kawan aku...
ELSA,MUNI,DIRA..he he..muat2 satu kereta..
Kami  p Langkawi balik hari..
kiranya xbermalam kat sana la..
naik feri dari K.Kedah pukui 7.15 pagi,,
n dari Langkawi ke K.Kedah pukui 5.30 petang..


Muni ngan Dira sampai tertido naik feri..takut mabuk laut kot..tidoq dalam iman depa dua ni..xpa.. =)

Disebabkan aku pegi Langkawi bukan musim cuti,,
so,,dapat la sewa kereta murah sket..sket ja la ..
MYVI yang kalo peak season,,harga RM120
tapi,,kami dapat RM60 sebab low season..
tapi rugi gak sebab kami xsewa seharian..
harga sama ja separuh hari / sehari..cam apa ja kan??
dasar mencekik darah betoi la..

***********
1st place yang kami p ialah Cable Car ..
tiket cable car RM14 ja..sebab beli kat kaunter yang kami sewa kereta..
murah la seringgit daripada beli kat kaunter cable car yang betoi..
berbaloi la..walaupun kaki ketaq dok turun tangga nak p kat jambatan gantung..
kat cable car ni takut gak nak tangkap gambaq..
bukan apa...takut terlepas kamera tu jatuh gaung ja..mau meraung weyh..
tapi ok ja.kwan2 aku dapat gak snap gambaq kenangan sikit2..he he..

Sayup ja cable car ni dari puncak..


Elsa cool ja..
Muni yang ceria pagi2 lagi..
Dira tengah ketaq ni..dia gayat..


Aku dan ayah..


Gaung..curam gila..

Ni pun curam jugak..


Cakap pasal cable car ni,,aku teringat ada sorang pompuan MELAYU ni..
boleyh plak nak naik cable car pakai KASUT TUMIT TINGGI..
xreti sungguh..dah la nak p jambatan gantung tu kena turun tangga sepasai..
nak daki balik tu ketaq pala lutut kot..
kesian plak aku tengok ..
Dah taw nak pegi tempat2 yang kena daki sana daki sini,,pkai la kasut flat..
xda la seksaa diri..
kesian kat kaki..
kat bawah ni ada gambaq dia..aku suruh dira snap..
nak buat bukti..ha ha





ok..
ni ja serba sikit pasai Langkawi itu hari..
aktiviti seterusnya b4 balik,,of kos la borong coklat..
macam xbesa plak kan..
ha ha..k..babaii..




psssssssstt : Sapa2 yang nak p langkawi,,bleyh la ambik no pakcik ni..
                   SAAD BIN DALI..0195273935..
                   macam2 service dia sediakan..antaranya kereta sewa,van sewa,basikal sewa,pakej island
                   hoping,chalet yang murah2..ni              
                   bagi yang nak percutian bajet la..senang2,contact ja pak cik ni..dy kerja dgn syarikat feri..nak
                   suruh dia tempahkan tiket   
                   pun boleyh..he he


=END=

Selasa, 22 Februari 2011

Hati aku sakit..

Assalamualaikum..


NI ENTRY EMOSI !!!!!!

Aku tengah sakit hati dengan manusia yang
hidup,, taw nak marah orang xtentu pasal ja..
LEMAK ar weyh..
Hang buat ok!!
Orang lain buat hang nak maki..
pe kes???
Hang nak makan kaki??
haishhh..
SAKIT BETOI la!!!!!!!!!!!

-END-



Sabtu, 19 Februari 2011

B.I.G DONE!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Lega rasanya bila dah selesai Program 
BIG a.k.a Bina Insan Gemuk Guru untuk semester ni..
Penat tu sudah pasti..tapi kudrat  masih larat..
so,,aku gagahkan juga tangan gemuk ni menaip..
bukan apa.takut2 aku lupa nak catatkan kenangan BIG aku kali ni..
BIG untuk semester ini masih berkonsepkan 
kidmat masyarakat sama seperti BIG semester lepas,,
cuma  kali ini  kami buat di
 Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi..

Slot pagi dipenuhkan dengan aktiviti LDK yang bertujuan
 membina keyakinan dalam diri anak-anak  di sini 
di samping memberi peluang mereka meluahkan
 idea dan pendapat mereka dalam bentuk yang kreatif..
Pada sebelah petang,kami memeriahkan suasana 
dengan aktiviti sukaneka..semangat anak-anak yatim dekat sini tinggi..
cuma mereka agak degil..susah nak dengar arahan..
bikin sahabat-sahabat gua naik marah..wa ha ha..
sampaikan siah kata,,,ada yang nak terkeluar bahasa jawa..
susah..memang susah nak mengawal keadaan..tapi tak apa..
kami masih belajar..belajar menjadi insan GURU..
mengawal emosi sambil mengawal murid..amacam??
dengar macam biasa..tapi,,bila berdepan dengan situasi,,
pening kepala cikgu nak memikir..he he..

Selain itu,terdapat satu slot pengucapan awam 
yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan
  rakan satu batch aku ,Saudara Mohd Aidil dengan tajuknya 
lebih kurang macam" Penyerapan nilai murni dalam kehidupan seharian"..
Beliau banyak mengaitkan nilai murni yang boleh 
diamalkan dalam kehidupan seharian kita seiring dengan sunnah Rasullullah..
Memang sungguh bertepatan sempena bulan kelahiran Baginda Rasullullah ni..
Pendekatan yang digunakan sangat bagus..cara penyampaian sangat teratur..
  Ya... hati aku sayu bila penceramah ni tiba-tiba bercerita tentang mak..
baru aku tahu rupanya dia juga anak yatim..
Mak dia pergi menyahut panggilan Illahi ketika dia berumur 12 tahun...sadis bukan??.
beliau berulang kali memesan supaya menghadiahi  ibubapa kita 
al-fatihah setiap hari sebelum tidur..
xkira la kepada ibu bapa yang masih hidup mahupun yang sudah tiada...
Aku bersyukur sangat masih mempunyai mak.
Kalau aku sedih,gembira,aku boleh juga telefon mak..
cerita itu ini dekat mak..
ok..cukup!!..kang homesick susah..  :'(

ok..di akhir majlis,kami memberi sedikit 
sumbangan  hasil kutipan derma berupa wang,pakaian, dan kasut daripada warga 
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail kepada anak-anak yatim..
Terima Kasih kepada semua yang sudi menyumbang..
Harta dunia xbawa kita ke mana-mana..
So,,ringankan tangan,,hulurkan bantuan kepada yang lebih  memerlukan..

Ok.itu saja serba sedikit tentang BIG kali ini..sempoi ja..
Walaupun masa xpanjang bersama anak-anak yatim ni,,aku tetap enjoy!!
GEMBIRA!!
sebab dah habis BIG..
yeeehaaaaaaaaaa..wa ha ha ah aha ha ah aha aha..!@#$%^&_+*_____________..

ok..selamattttt...



-END-

Khamis, 17 Februari 2011

Mengemis Kasih..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Mengemis Kasih - Raihan 

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah

Luka hati yang berdarah kini jadi parah



Semalam sudah sampai kepenghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi kuulangi kembali

Gerak dosa yang menghiris hati



Tuhan dosa ku menggunung tinggi

Tapi rahmat-Mu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi



Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi

Bila selangkah kurapat pada-Mu

Seribu langkah Kau rapat padaku





Rabu, 2 Februari 2011

Kucing aku hilang lagi.. =(

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

 Ya Allah..
selamatkanlah kucing aku "TAM" dari sebarang malapetaka..
Baru semalam aku dukung2 dia..
main2 dgn dia..
Tiba2 pagi tadi masa breakfast,bila mak aku panggil semua makan,
TAM ja xdak..
pelik sangat..aku pusing cari TAM sana-sini..xjumpa..
Petang tadi,,aku cari lagi..TAM xsahut pun panggilan aku..
TAM baru 3 bulan..kecik lagi..
Kalau TAM lapaq,, mesti TAM balik..lagipun dah petang..
xkan la TAM xmakan seharian??
TAM masih minum susu lagi..
kesian kat  mak TAM..
mak TAM diam ja harini..
mungkin dia pun buntu..xtaw kemana anak dia pergi..
Dah la semua adik-adik TAM dah pergi xkembali..*2 ekor hilang dan tidak dapat dikesan,1 ekor dilanggar kereta tanpa sedar.. =(
tiba2 giliran TAM pulak pergi..
cepatnya TAM hang pi tinggai kami..
baru dua hari aku dapat tengok kelibat hang yang lincah..
TAM,,kalau TAM jumpa dengan tuan baru,,TAM jaga diri elok2..jangan buat perangai..
tapi,.kalau TAM dah mati,,kami halalkan segala makan minum TAM..
TAM jangan risau..

RINDUNYA...



Selasa, 25 Januari 2011

Kata-kata Padat..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Memetik kata-kata daripada Cikgu Omar Sani

"Menjadi guru bukan bermakna tugas itu hanya mengajar murid, tetapi guru juga masih tetap kena berterusan belajar...... meningkatkan ilmu, meluaskan pengalaman, mengurus emosi, mengurus komunikasi, mengurus masalah, mengurus strategi, mengenali masyarakat dan sebagainya........"

p/s : Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang bakal menjadi guru mahupun yang sudah bergelar  guru..

-END-

Isnin, 24 Januari 2011

Kadet Bomba dalam kenangan..Part 1


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Ok..ekceli,,pas sembang ngan siah tadi,,
tetiba ja aku rasa teringat nak p daki gunung..
tetiba ja..ha ha
lama dah x join aktiviti2 lasak..
rindunya..
dulu kalo zaman sekolah bley jugak ikut aktiviti yang sekolah buat..
paling-paling pun bley gak g perkhemahan,,daki gunung yang xberapa nak tinggi,,masuk gua yang xberapa nak femes....
yang bestnya aktiviti time zaman sekolah ni bukan apa..
sebab ada cikgu yang tolong organised kan semua...he he..kiranya,,aktiviti yang dijalankan tu dah siap sedia dah..tunggu nak laksanakan ja..dan satu lagi,,keselamatan tu terjamin la jugak..

*******
Zaman sekolah dulu,,aku kadet bomba..
ha ha..lawak gila bila teringatkan kena pakai baju celoreng..keras nak mampuih..pfffffftttt...
walaubagaimanapun..
dengan kadet bomba ni jugak la aku belajaq banyak benda,aku buat banyak benda,dan macam2 lagi..
bagi aku,, kadet ni best  sebab guru penasihat bomba aku time tu ialah Puan Sonita Sudin..dia memang sempoi dan cergas.Banyak aktiviti yang dia rancang dan telah berjaya dilaksanakan..Lagi sorang cikgu yang aku ingat ialah Sir Fazli bin Dollah..dia cikgu Biologi aku..dia pun sama cam cikgu sonita.cergas dan sempoi..yang lainnya cuma dia lelaki.he he.dan bila sebut lelaki,,mesti la suka aktiviti2 lasak ni kan??so,,best la bila dia adalah salah seorang daripada guru penasihat kadet bomba..enjoy habis..

**********
Seingat aku,,1st perkhemahan tyme aku sekolah menengah ialah masa aku form 2,,
perkhemahan Kadet Bomba di Ulu Geruntum,Gopeng..
mak aih..nak masuk dalam tu  kurang lebih dalam 8 km jugak la..
jalan kaki plak tu..
Mind set aku dok ingat dalam 2-3 km ja.sekali jauh nun..sabaq ja la...
Sampai ja kat tapak perkhemahan tu,,aku siap cakap kata Paah *merangkap kawan setia aku sepanjang menjadi ahli kadet bomba* yang aku xmau balik sekolah kalau kena jalan kaki..
Tension tok sah kata la..mulut xabes2 dok ngu ngam ngu ngam sorang2..
Apa2 pun,,menitik jugak la ayaq mata aku tyme tu bila teringat kan geram punya pasai sebab kena jalan jauh...
Gila xkental aku masa tuh..tapi tu dulu...sekarang x dah.... =)

******************

Perkhemahan kat Ulu geruntum ni agak adventure la..
sebab tidoq dalam khemah askar tu..duduk dalam 7-8 orang..kena pulak tyme berkhemah tu hujan..
longkang yang dikorek keliling khemah xmampu nak tampung air hujan yang banyak..terpaksa la sendalkan tapak khemah kanvas dengan kasut but nak bagi tinggi..so that khemah xmasuk ayaq...
Kat perkhemahan ni jugak la aku ngan Sofia ngan Paah p cari buluh nak buat tanda nama kat khemah..pastu pakat dok potong kecik2..then,, ikat buluh tu bagi jadi huruf plak..masa ni la guna segala jenis ikatan bagai..
sayangnya,,banyak dah ikatan yang luput dari kepala hotak aku ni..lupa habis..

*********
Tapak perkhemahan kat Ulu geruntum ni tepi sungai..
ok..ayaq sungai dia laju nak mampuih..
Kat sungai ni la 1st tyme aku  berflying fox yang dibuat sendiri oleh anggota bomba Gopeng..
Flying fox ni dibuat merentasi sungai yang  batu dy bersegi + tajam..bagi aku yang berat badan  xberapa nak sikit ni,,of kos la mencabar..ha ha..
masa aku buat tu,,lutut aku bergesel la sikit kat batu..seluar aku terhakis sikit...
sebab aku punya pasai gak..cikgu aku suruh luruskan kaki..aku p bengkok..ketegaq punya pasai..padan muka aku..
Sungai ni banyak batu2 besar yang bersegi..bukan bulat dan licin macam kat sungai2 biasa ni ha..
mungkin faktor arus air sungai yang deras dan sering menghentam batu2 kat sungai ni sehingga batu2 kat sungai ni   xsempat nak tumbuh lumut..ha ha

k..part 2 aku sambung lagi..

p/s : sungai ulu geruntum ni jugak terkenal dengan aktiviti water rafting ,waterfall abseiling dan aktiviti2 air yang  mencabar..kalau sapa2 yang suka lasak2,,aku syorkan hampa p la try sekali..