Rabu, 6 Oktober 2010

Mohd Isa yang menceriakan hidup aku...

Tajuk xbley blah betoi...ha ha ha
Actly,baru2 ni aku ada buat PBS a.k.a Pengalaman berasaskan sekolah dkt SK Taman Paroi Jaya..
Hari 1st aku pegi sekolah tu,aku xtaw pulak yang kelas pemulihan beroperasi pada sesi petang..
Jadinya,dah alang2 aku p sekolah pagi,,aku pun menempek la dekat kelas Pendidikan Khas..

Kalau hampa nak taw,kelas ni terdiri daripada murid2 istimewa..
Antaranya ialah kanak2 downsindrom,hyperaktif,autisma,terencat akal,dan slow learner yang tahap xboleyh nak dipulihkan oleh guru pemulihan dan telah  disahkan oleh doktor yang bertauliah..

Aku ingat lagi dulu..
masa sekolah rendah,,
kalo budak downsindrom mai dekat aku,,aku mesti takut gila..
kalau boleh,,nak lari selaju-lajunya...
Aku pun xtaw pasaipa..mungkin sebab muka depa pelik kot..

Tapi..
Semua tu berubah bila aku masuk IPG..
Aku dah slalu jumpa dengan murid2 macam ni tambah2 bila masuk sekolah utk PBS...
Budak downsindrom yg mai sekolah ni sebenaqnya baguih sgt2..
depa dah diajaq dan dilatih supaya dpt uruskan diri depa..
Jumpa cikgu ja,,mesti cium tangan..
terharu sgt...suka panggil cikgu..babai2 kat cikgu..aku suka tengok gelagat depa..
cuba nak bersembang ngan cikgu..
walaupun kadang2 bahasa depa aku pun xpaham..tapi aku hangguk2 ja la kepala tanda setuju..
ha ha..

Berbalik kepada Mohd Isa..murid ni bukan downsindrom mahupun autisma..tetapi HYPERAKTIF..
MasyaAllah..buas betoi..
xboleyh duduk diam..ada ja benda yang dy nak buat..
kacau org tok sah kata la..dy xkira la kawan2 ataupun cikgu dy..semua dy balun..
Bak kata cikgu kelas Isa sendiri "Dalam kelas ni,Isa la yang paling cerdik,Isa la yang paling nakal,Isa la yang paling xmakan saman"..ha ha ha..hebat betoi hg Isa oyyyy...

Isa ni pandai..daya ingatan dy sangat kuat..
semua no telefon cikgu dy hafal..
no plat kereta cikgu pun dy ingat..
tapi tu la..dy cuma hyperaktif dengan ada masalah cecair apa ntah dalam otak dy..

Hari last PBS,,aku p sekolah pagi untk jumpa dgn Isa buat kali terakhir..
Aku ada la rakam sikit perbualan aku ngan dy..
Yang nak tergelaknya bila part suruh dy bagi ciri2 cikgu ILHAM..
dy boleh cakap "pipi tembam,pakai cermin mata,MUKA MACAM INDIA."..
ada ka patut???ha ha..kat mana la muka aku yg macam india??
nak kata hidung mancung,,x..hidung aku kembang..
nak kata hitam meghelit,,,xjugak...kulit aku sedang2 ja..
lawak betoi la Isa ni..

Bagi aku,,Isa ni sangat Istimewa..sebab mana ada budak pendidikan khas sebelum ni cerdik macam dy..cakap pandai..kira matematik pun cekap..ingatan pun kuat..

Kat sini aku sertakan Video Temuramah Aku,kawan2 aku dan Isa..
video

Tiada ulasan: