Ahad, 13 Mac 2011

Langkawi With love..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum..

Harini  nak update pasai Langkawi..
Ekceli aku p Langkawi last wik..
tapi kat rumah mana ada internet..so,,
hari ni baru bley update kat blog..
ni pun on9 kat library aloq staq..
line lambat gila..
tapi xpa..janji ada line.. =)

**********

Langkawi best ka??hurm..ok la..
bagi aku orang Kedah ni,,mungkin xrasa sangat kot keHOTannya..
tapi,,kawan2 aku yang xpenah pegi,,yang mai dari negeri bukan Kedah,,,
mesti la syok + teruja nak mai Langkawi..
xpa..aku suka bila kawan2 aku seronok mai KEDAH..
lagi pun aku lama dah xpi Langkawi..

Aku p Langkawi dengan ayah  dan 3 orang kawan aku...
ELSA,MUNI,DIRA..he he..muat2 satu kereta..
Kami  p Langkawi balik hari..
kiranya xbermalam kat sana la..
naik feri dari K.Kedah pukui 7.15 pagi,,
n dari Langkawi ke K.Kedah pukui 5.30 petang..


Muni ngan Dira sampai tertido naik feri..takut mabuk laut kot..tidoq dalam iman depa dua ni..xpa.. =)

Disebabkan aku pegi Langkawi bukan musim cuti,,
so,,dapat la sewa kereta murah sket..sket ja la ..
MYVI yang kalo peak season,,harga RM120
tapi,,kami dapat RM60 sebab low season..
tapi rugi gak sebab kami xsewa seharian..
harga sama ja separuh hari / sehari..cam apa ja kan??
dasar mencekik darah betoi la..

***********
1st place yang kami p ialah Cable Car ..
tiket cable car RM14 ja..sebab beli kat kaunter yang kami sewa kereta..
murah la seringgit daripada beli kat kaunter cable car yang betoi..
berbaloi la..walaupun kaki ketaq dok turun tangga nak p kat jambatan gantung..
kat cable car ni takut gak nak tangkap gambaq..
bukan apa...takut terlepas kamera tu jatuh gaung ja..mau meraung weyh..
tapi ok ja.kwan2 aku dapat gak snap gambaq kenangan sikit2..he he..

Sayup ja cable car ni dari puncak..


Elsa cool ja..
Muni yang ceria pagi2 lagi..
Dira tengah ketaq ni..dia gayat..


Aku dan ayah..


Gaung..curam gila..

Ni pun curam jugak..


Cakap pasal cable car ni,,aku teringat ada sorang pompuan MELAYU ni..
boleyh plak nak naik cable car pakai KASUT TUMIT TINGGI..
xreti sungguh..dah la nak p jambatan gantung tu kena turun tangga sepasai..
nak daki balik tu ketaq pala lutut kot..
kesian plak aku tengok ..
Dah taw nak pegi tempat2 yang kena daki sana daki sini,,pkai la kasut flat..
xda la seksaa diri..
kesian kat kaki..
kat bawah ni ada gambaq dia..aku suruh dira snap..
nak buat bukti..ha ha





ok..
ni ja serba sikit pasai Langkawi itu hari..
aktiviti seterusnya b4 balik,,of kos la borong coklat..
macam xbesa plak kan..
ha ha..k..babaii..




psssssssstt : Sapa2 yang nak p langkawi,,bleyh la ambik no pakcik ni..
                   SAAD BIN DALI..0195273935..
                   macam2 service dia sediakan..antaranya kereta sewa,van sewa,basikal sewa,pakej island
                   hoping,chalet yang murah2..ni              
                   bagi yang nak percutian bajet la..senang2,contact ja pak cik ni..dy kerja dgn syarikat feri..nak
                   suruh dia tempahkan tiket   
                   pun boleyh..he he


=END=

Selasa, 22 Februari 2011

Hati aku sakit..

Assalamualaikum..


NI ENTRY EMOSI !!!!!!

Aku tengah sakit hati dengan manusia yang
hidup,, taw nak marah orang xtentu pasal ja..
LEMAK ar weyh..
Hang buat ok!!
Orang lain buat hang nak maki..
pe kes???
Hang nak makan kaki??
haishhh..
SAKIT BETOI la!!!!!!!!!!!

-END-



Sabtu, 19 Februari 2011

B.I.G DONE!!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Lega rasanya bila dah selesai Program 
BIG a.k.a Bina Insan Gemuk Guru untuk semester ni..
Penat tu sudah pasti..tapi kudrat  masih larat..
so,,aku gagahkan juga tangan gemuk ni menaip..
bukan apa.takut2 aku lupa nak catatkan kenangan BIG aku kali ni..
BIG untuk semester ini masih berkonsepkan 
kidmat masyarakat sama seperti BIG semester lepas,,
cuma  kali ini  kami buat di
 Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi..

Slot pagi dipenuhkan dengan aktiviti LDK yang bertujuan
 membina keyakinan dalam diri anak-anak  di sini 
di samping memberi peluang mereka meluahkan
 idea dan pendapat mereka dalam bentuk yang kreatif..
Pada sebelah petang,kami memeriahkan suasana 
dengan aktiviti sukaneka..semangat anak-anak yatim dekat sini tinggi..
cuma mereka agak degil..susah nak dengar arahan..
bikin sahabat-sahabat gua naik marah..wa ha ha..
sampaikan siah kata,,,ada yang nak terkeluar bahasa jawa..
susah..memang susah nak mengawal keadaan..tapi tak apa..
kami masih belajar..belajar menjadi insan GURU..
mengawal emosi sambil mengawal murid..amacam??
dengar macam biasa..tapi,,bila berdepan dengan situasi,,
pening kepala cikgu nak memikir..he he..

Selain itu,terdapat satu slot pengucapan awam 
yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan
  rakan satu batch aku ,Saudara Mohd Aidil dengan tajuknya 
lebih kurang macam" Penyerapan nilai murni dalam kehidupan seharian"..
Beliau banyak mengaitkan nilai murni yang boleh 
diamalkan dalam kehidupan seharian kita seiring dengan sunnah Rasullullah..
Memang sungguh bertepatan sempena bulan kelahiran Baginda Rasullullah ni..
Pendekatan yang digunakan sangat bagus..cara penyampaian sangat teratur..
  Ya... hati aku sayu bila penceramah ni tiba-tiba bercerita tentang mak..
baru aku tahu rupanya dia juga anak yatim..
Mak dia pergi menyahut panggilan Illahi ketika dia berumur 12 tahun...sadis bukan??.
beliau berulang kali memesan supaya menghadiahi  ibubapa kita 
al-fatihah setiap hari sebelum tidur..
xkira la kepada ibu bapa yang masih hidup mahupun yang sudah tiada...
Aku bersyukur sangat masih mempunyai mak.
Kalau aku sedih,gembira,aku boleh juga telefon mak..
cerita itu ini dekat mak..
ok..cukup!!..kang homesick susah..  :'(

ok..di akhir majlis,kami memberi sedikit 
sumbangan  hasil kutipan derma berupa wang,pakaian, dan kasut daripada warga 
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail kepada anak-anak yatim..
Terima Kasih kepada semua yang sudi menyumbang..
Harta dunia xbawa kita ke mana-mana..
So,,ringankan tangan,,hulurkan bantuan kepada yang lebih  memerlukan..

Ok.itu saja serba sedikit tentang BIG kali ini..sempoi ja..
Walaupun masa xpanjang bersama anak-anak yatim ni,,aku tetap enjoy!!
GEMBIRA!!
sebab dah habis BIG..
yeeehaaaaaaaaaa..wa ha ha ah aha ha ah aha aha..!@#$%^&_+*_____________..

ok..selamattttt...



-END-

Khamis, 17 Februari 2011

Mengemis Kasih..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Mengemis Kasih - Raihan 

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah

Luka hati yang berdarah kini jadi parah



Semalam sudah sampai kepenghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi kuulangi kembali

Gerak dosa yang menghiris hati



Tuhan dosa ku menggunung tinggi

Tapi rahmat-Mu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi



Tuhan walau taubat sering kumungkir

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi

Bila selangkah kurapat pada-Mu

Seribu langkah Kau rapat padaku





Rabu, 2 Februari 2011

Kucing aku hilang lagi.. =(

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum..

 Ya Allah..
selamatkanlah kucing aku "TAM" dari sebarang malapetaka..
Baru semalam aku dukung2 dia..
main2 dgn dia..
Tiba2 pagi tadi masa breakfast,bila mak aku panggil semua makan,
TAM ja xdak..
pelik sangat..aku pusing cari TAM sana-sini..xjumpa..
Petang tadi,,aku cari lagi..TAM xsahut pun panggilan aku..
TAM baru 3 bulan..kecik lagi..
Kalau TAM lapaq,, mesti TAM balik..lagipun dah petang..
xkan la TAM xmakan seharian??
TAM masih minum susu lagi..
kesian kat  mak TAM..
mak TAM diam ja harini..
mungkin dia pun buntu..xtaw kemana anak dia pergi..
Dah la semua adik-adik TAM dah pergi xkembali..*2 ekor hilang dan tidak dapat dikesan,1 ekor dilanggar kereta tanpa sedar.. =(
tiba2 giliran TAM pulak pergi..
cepatnya TAM hang pi tinggai kami..
baru dua hari aku dapat tengok kelibat hang yang lincah..
TAM,,kalau TAM jumpa dengan tuan baru,,TAM jaga diri elok2..jangan buat perangai..
tapi,.kalau TAM dah mati,,kami halalkan segala makan minum TAM..
TAM jangan risau..

RINDUNYA...



Selasa, 25 Januari 2011

Kata-kata Padat..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Memetik kata-kata daripada Cikgu Omar Sani

"Menjadi guru bukan bermakna tugas itu hanya mengajar murid, tetapi guru juga masih tetap kena berterusan belajar...... meningkatkan ilmu, meluaskan pengalaman, mengurus emosi, mengurus komunikasi, mengurus masalah, mengurus strategi, mengenali masyarakat dan sebagainya........"

p/s : Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang bakal menjadi guru mahupun yang sudah bergelar  guru..

-END-

Isnin, 24 Januari 2011

Kadet Bomba dalam kenangan..Part 1


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Ok..ekceli,,pas sembang ngan siah tadi,,
tetiba ja aku rasa teringat nak p daki gunung..
tetiba ja..ha ha
lama dah x join aktiviti2 lasak..
rindunya..
dulu kalo zaman sekolah bley jugak ikut aktiviti yang sekolah buat..
paling-paling pun bley gak g perkhemahan,,daki gunung yang xberapa nak tinggi,,masuk gua yang xberapa nak femes....
yang bestnya aktiviti time zaman sekolah ni bukan apa..
sebab ada cikgu yang tolong organised kan semua...he he..kiranya,,aktiviti yang dijalankan tu dah siap sedia dah..tunggu nak laksanakan ja..dan satu lagi,,keselamatan tu terjamin la jugak..

*******
Zaman sekolah dulu,,aku kadet bomba..
ha ha..lawak gila bila teringatkan kena pakai baju celoreng..keras nak mampuih..pfffffftttt...
walaubagaimanapun..
dengan kadet bomba ni jugak la aku belajaq banyak benda,aku buat banyak benda,dan macam2 lagi..
bagi aku,, kadet ni best  sebab guru penasihat bomba aku time tu ialah Puan Sonita Sudin..dia memang sempoi dan cergas.Banyak aktiviti yang dia rancang dan telah berjaya dilaksanakan..Lagi sorang cikgu yang aku ingat ialah Sir Fazli bin Dollah..dia cikgu Biologi aku..dia pun sama cam cikgu sonita.cergas dan sempoi..yang lainnya cuma dia lelaki.he he.dan bila sebut lelaki,,mesti la suka aktiviti2 lasak ni kan??so,,best la bila dia adalah salah seorang daripada guru penasihat kadet bomba..enjoy habis..

**********
Seingat aku,,1st perkhemahan tyme aku sekolah menengah ialah masa aku form 2,,
perkhemahan Kadet Bomba di Ulu Geruntum,Gopeng..
mak aih..nak masuk dalam tu  kurang lebih dalam 8 km jugak la..
jalan kaki plak tu..
Mind set aku dok ingat dalam 2-3 km ja.sekali jauh nun..sabaq ja la...
Sampai ja kat tapak perkhemahan tu,,aku siap cakap kata Paah *merangkap kawan setia aku sepanjang menjadi ahli kadet bomba* yang aku xmau balik sekolah kalau kena jalan kaki..
Tension tok sah kata la..mulut xabes2 dok ngu ngam ngu ngam sorang2..
Apa2 pun,,menitik jugak la ayaq mata aku tyme tu bila teringat kan geram punya pasai sebab kena jalan jauh...
Gila xkental aku masa tuh..tapi tu dulu...sekarang x dah.... =)

******************

Perkhemahan kat Ulu geruntum ni agak adventure la..
sebab tidoq dalam khemah askar tu..duduk dalam 7-8 orang..kena pulak tyme berkhemah tu hujan..
longkang yang dikorek keliling khemah xmampu nak tampung air hujan yang banyak..terpaksa la sendalkan tapak khemah kanvas dengan kasut but nak bagi tinggi..so that khemah xmasuk ayaq...
Kat perkhemahan ni jugak la aku ngan Sofia ngan Paah p cari buluh nak buat tanda nama kat khemah..pastu pakat dok potong kecik2..then,, ikat buluh tu bagi jadi huruf plak..masa ni la guna segala jenis ikatan bagai..
sayangnya,,banyak dah ikatan yang luput dari kepala hotak aku ni..lupa habis..

*********
Tapak perkhemahan kat Ulu geruntum ni tepi sungai..
ok..ayaq sungai dia laju nak mampuih..
Kat sungai ni la 1st tyme aku  berflying fox yang dibuat sendiri oleh anggota bomba Gopeng..
Flying fox ni dibuat merentasi sungai yang  batu dy bersegi + tajam..bagi aku yang berat badan  xberapa nak sikit ni,,of kos la mencabar..ha ha..
masa aku buat tu,,lutut aku bergesel la sikit kat batu..seluar aku terhakis sikit...
sebab aku punya pasai gak..cikgu aku suruh luruskan kaki..aku p bengkok..ketegaq punya pasai..padan muka aku..
Sungai ni banyak batu2 besar yang bersegi..bukan bulat dan licin macam kat sungai2 biasa ni ha..
mungkin faktor arus air sungai yang deras dan sering menghentam batu2 kat sungai ni sehingga batu2 kat sungai ni   xsempat nak tumbuh lumut..ha ha

k..part 2 aku sambung lagi..

p/s : sungai ulu geruntum ni jugak terkenal dengan aktiviti water rafting ,waterfall abseiling dan aktiviti2 air yang  mencabar..kalau sapa2 yang suka lasak2,,aku syorkan hampa p la try sekali..