Khamis, 28 Oktober 2010
FINAL EXAM..
Rabu, 27 Oktober 2010
River Cruise
Rumate aku ngan elsa balik..
Tinggal aku ngan Cik Gilbert ja la skang ni =(
bohsannya kat Terengganu ni,,hanya Tuhan yang tau..
So,malam semalam aku,cik Gilbert dan kawan aku sorang lagi mira ngan geng2 dayu p TTI RC a.k.a Taman Tamadun Islam River Cruise..
depa pon sama macam aku..boring..
So,,8 malam kami pun p la terhegeh2 kat belakang pasar payang tu..
sekali ada notis air pasang pulak..bot xboleyh masuk..alamak..
kecewa weyh..
nasib baik kat notis tu dy ada buat alternatif lain..
lega rasa..tunggu punya tunggu,,bot pon sampai..
Mula2,,aku ingat bot tu macam gah gle ar..
skali bot cikai ja..ceittt..
buhsan punya pasai..naik ja..ha ha
kena la RM 5 sorang..
xsampai 15minit dy buat pusing..
dah la buat bulatan ja..sakit hati aku..
ingatkan pegi la ronda2 kat masjid kristal ka..
nama saja TTI river Cruise..TTI punya bayang pun xnampak..
apa2 pun..angin dy best la..masyukkk..he he
cik gilbert kita ya kawan2.yang ni terlajak best..
ok..this is dayu n the geng
tu dia..nampak lampu kecik nak mampuih..
tapi ok la..nampak la jugak pemandangan berlampu..ha ha ha..(ayat sedapkan hati)
ok..itu saja..
END.
Khamis, 21 Oktober 2010
PAMERAN LITERASI BAHASA.. JOHAN!! YEAH!!
ok..dalam banyak2 ABM yang dipamerkan,,
aku amat tertarik dengan ABM kat bawah ni iaitu
KAD SUKU KATA
Kad suku kata ni juga boleh digerak2kan..
suka sangatttttt..
Ok..menarik kn??
so,,kepada guru2 mahupun bakal guru..
bolehlah ubahsuai atau buat penambahbaikan
kat KAD SUKU KATA ni sebagai tatapan untuk anak murid anda..
ok..itu saja..Wassalam..
END..
Rabu, 20 Oktober 2010
REDGURLCRAFT GIVEAWAY..
2. copy gambar di atas di blog anda
3. buatkan satu entry tentang give away ini di blog anda..
4. tinggal comment dan link entry anda pada comment yer so senang redgurl nak jenguk semula ke blog anda
ok..nanti dh siap baru boleyh tinggal komen..he he
4. pemenang akan dipilih secara rawak!!
ok..fuh3..mintak2 la bertuah..kui3.
TARIKH PENYERTAAN ADALAH MULAI
11 OKTOBER 2010 HINGGA 11 NOVEMBER 2010
_END_
RINDU PULAK..
Selasa, 19 Oktober 2010
UAK?? DONE!!
Isnin, 18 Oktober 2010
Dermalah DARAH..bukan DARA!!Ok??
Jumaat, 15 Oktober 2010
LAPTOP..
Sabtu, 9 Oktober 2010
Contact lens...
Rabu, 6 Oktober 2010
Alhamdulillah..semuanya dah selesai..
syok tok sah kata la..xterkata dah ni..
best sangat2..
rasa free gila2 punya..ha ha
Cakap pasal assignment ni..
macam2 kisah yg aku jumpa...
ya la..dok kat maktab ni pun macam2 jenis org..
ada yang rajin..tapi over sgt pulak..kheja dok comparekan kerajinan dy dgn kemalsan org lain plak..ada ka pasai?silap2 hari bulan kena pulau ngan org baru taw..kalau dah betoi2 kena,,memang padan la..dah siap tu senyap2 sudah la kan??..ye dak??
ada yang xbrapa nak rajin..kheja dok mintak assignment kat org ja..ni pun satu lagi pelik..baik xpayah belajaq..
ada yang rileks ja..tapi still boleyh hantaq on time..(ni aku la.ha ha ha)
ada yang rileks..tapi xhantaq2 pun ada..ni memang nak kena la...
Apa yang aku seronok sangat pasai assignment kali ni??
he he..sebenaqnya,,aku suka sangat dengan kata2 lecturer aku baru2 ni berkaitan dengan assignment la...
Lepas dy tanda assignment budak2 kelas aku,,dy ada la bg komen2 sikit tentang assignment yang kami dah submit..
Dia cakap "Saya xnak awak berjaya di atas kegagalan kawan2 awak"
Maksud beliau di sini ialah..jangan kita rasa kita hebat sangat..buat itu ini..kononnya kita lah yang terbaik..sampaikan kita lupa dengan kawan2 seperjuangan kita..kalau nak berjaya,berjaya la sama2..kenapa kita nak seronok tengok org lain gagal???xbaik kn??huhuhuhuhu..i loikeeeeeeeeee....
Memang betol wujud manusia jenis ni weyh...
tambah2 kalau melibatkan pencarian nota yang banyak..kalau dah dapat nota banyak2,,xnak kongsi ngan org..
tapi,,
yang org punya,,dia nak pulak..banyak cantik muka hang..
org macam ni patut humban dalam laut dalam..bagi pirana tokak sampai mati..ha ha..
tapi,,
aku puas hati la bila lecturer aku cakap camtu...
fuh..aku harap lepas ni ada la insan yang sedaq..
Xrugi lagipun kalo berkongsi pendapat dan ilmu..
dapat pahala lagi ada..
tambah2 kalo ilmu tu dikembangkan dan xputus2 digunakan orang..
Ya Allah..betapa meluasnya ilmu tu bakal bergerak..even sampai kita mati pun,,
selagi ia bermanfaat,,
ilmu tu siap dapat bantu kita lagi...
Fuh..panjang plak aku dok mencece..
K..semoga kita berubah kepada yang lebih baik untuk hari2 mendatang..InsyaAllah..
Mohd Isa yang menceriakan hidup aku...
Actly,baru2 ni aku ada buat PBS a.k.a Pengalaman berasaskan sekolah dkt SK Taman Paroi Jaya..
Hari 1st aku pegi sekolah tu,aku xtaw pulak yang kelas pemulihan beroperasi pada sesi petang..
Jadinya,dah alang2 aku p sekolah pagi,,aku pun menempek la dekat kelas Pendidikan Khas..
Kalau hampa nak taw,kelas ni terdiri daripada murid2 istimewa..
Antaranya ialah kanak2 downsindrom,hyperaktif,autisma,terencat akal,dan slow learner yang tahap xboleyh nak dipulihkan oleh guru pemulihan dan telah disahkan oleh doktor yang bertauliah..
Aku ingat lagi dulu..
masa sekolah rendah,,
kalo budak downsindrom mai dekat aku,,aku mesti takut gila..
kalau boleh,,nak lari selaju-lajunya...
Aku pun xtaw pasaipa..mungkin sebab muka depa pelik kot..
Tapi..
Semua tu berubah bila aku masuk IPG..
Aku dah slalu jumpa dengan murid2 macam ni tambah2 bila masuk sekolah utk PBS...
Budak downsindrom yg mai sekolah ni sebenaqnya baguih sgt2..
depa dah diajaq dan dilatih supaya dpt uruskan diri depa..
Jumpa cikgu ja,,mesti cium tangan..
terharu sgt...suka panggil cikgu..babai2 kat cikgu..aku suka tengok gelagat depa..
cuba nak bersembang ngan cikgu..
walaupun kadang2 bahasa depa aku pun xpaham..tapi aku hangguk2 ja la kepala tanda setuju..
ha ha..
Berbalik kepada Mohd Isa..murid ni bukan downsindrom mahupun autisma..tetapi HYPERAKTIF..
MasyaAllah..buas betoi..
xboleyh duduk diam..ada ja benda yang dy nak buat..
kacau org tok sah kata la..dy xkira la kawan2 ataupun cikgu dy..semua dy balun..
Bak kata cikgu kelas Isa sendiri "Dalam kelas ni,Isa la yang paling cerdik,Isa la yang paling nakal,Isa la yang paling xmakan saman"..ha ha ha..hebat betoi hg Isa oyyyy...
Isa ni pandai..daya ingatan dy sangat kuat..
semua no telefon cikgu dy hafal..
no plat kereta cikgu pun dy ingat..
tapi tu la..dy cuma hyperaktif dengan ada masalah cecair apa ntah dalam otak dy..
Hari last PBS,,aku p sekolah pagi untk jumpa dgn Isa buat kali terakhir..
Aku ada la rakam sikit perbualan aku ngan dy..
Yang nak tergelaknya bila part suruh dy bagi ciri2 cikgu ILHAM..
dy boleh cakap "pipi tembam,pakai cermin mata,MUKA MACAM INDIA."..
ada ka patut???ha ha..kat mana la muka aku yg macam india??
nak kata hidung mancung,,x..hidung aku kembang..
nak kata hitam meghelit,,,xjugak...kulit aku sedang2 ja..
lawak betoi la Isa ni..
Bagi aku,,Isa ni sangat Istimewa..sebab mana ada budak pendidikan khas sebelum ni cerdik macam dy..cakap pandai..kira matematik pun cekap..ingatan pun kuat..
Kat sini aku sertakan Video Temuramah Aku,kawan2 aku dan Isa..
Selasa, 5 Oktober 2010
Rindu MAK...
Ahad, 3 Oktober 2010
Bercakap biaq terang..
hurm..tetiba rasa nak update blog..
geram ngan sikap segelintir manusia yang cakap lain,buat lain..
Aku bukan apa..
kadang2 rasa tertipu pun ada..
bgtao ja la benda yang betoi..
xdak nya org nak kisah..
ni x..berlakon macam xbuat apa2,,
padahai realitinya xmcm tu pun.. BERLAKON ja lebeyh..rasa nak tumbuk2 ja sampai lumat..
xdak la dok berlakon depan aku lagi..( hangin betoi aku)..
-end-
Kucing Buat Perangai..
Ahad, 20 Jun 2010
Kenduri Kawin2..
dengaq ja kawin macam best..padahal bukan aku yang kawin pun..
last week sedara aku kawin..tapi yang meriahnya kat umah aku..bukan kat umah org kenduri..ha ha ha
ada la dalam 30orang berkampung kat umah aku selama lebey kurang 3 hari 2 malam..dah macam homestay.
memang percutian bajet la dorang..sangat2 best..
punya la ramai sampai air tangki habes..ha ha..bilik air sentiasa full..nak mandi kene ambik nombor..
pengantin pun mandi kat luar..tapi best apa..bukan selalu kan??he he..cabaran utuk pengantin..eceh..
apa2 pun,,yang bestnya untuk kenduri ni,,hantaran dy cantik..simple but nice..buat sendiri semuanya..
pengantin pun comel..he he he
tengok gambar je lah eh..
xlarat nak menaip dah..
kat atas ni la tepak sireh yang berjaya dihasilkan dalam masa 3 jam sebelum majlis berlangsung..
pagi2 buta
at last,jumpa la kedai india seblah kedai as-sadiq sigaraga kat belakang pekan rabu tu..he he..
Lastly,,harapanku semoga jodoh pasangan penganti ini berkekalan hingga akhir hayat hendaknya..amin....
Psstt : Pondan yang jaga kedai bunga kat bangunan padi kat aloq staq tudah meninggal..aku baru taw masa nak p cari span basah kat kedai tu..al-fatihah..
Isnin, 14 Jun 2010
Percutian Yang X Dirancang..
Sedap gila punya..masyaAllah..masyuk2...
sesapa yang dok area aloq setaq,,silap p try makan..kedai dy opezit dgn masjid,sebelum Dasree Travel n Tours punya office..on the way nak ke anak bukit...
kedai dy buruk ja..tapi superb wa cakap...meleleh-leleh..wowowowoow....
yang bestnya hari ni,,tengah2 dok makan roti canai boleyh plak p sembang pasai penang..
sebut ja pasai penang,,mesti la teringat kat NASI KANDAQ LINE CLEAR...
on the spot teruih endang a.k.a kak aku yg atas aku ni cakap JOM..
gila doe..dengan pakai t-shirt lusuh + sluaq track
dah on the way,,kak aku yang sulung cakap.."balik dulu la tukar sluaq ngan baju elok sikit"..ha ha ha...
Prung..prang..prung..prang..siap2 suma...pkul 10 camtu baru bertolak ke penang..yahoooooooooo...
best..lama x p Penang..
Sampai kat penang,,p serbu Nasi kandaq Line clear dulu...tgk2 line xclear...orang beratur sampai atas jalan raya..ouh..
So,,ambik keputusan jalan2 kat chowrasta dulu...kononnya nak cari buku Lagenta Budak Setan..hasilnya hampeh..novel melayu xbanyak...
Ceh..aku bajet nampak kurus la konon berselindung di sebalik org..padahai hampeh jugak..
dasar gemuk tu gemuk jugak la..ha ha ha
PENANG MEMANG BEST!!!!!!
Rabu, 9 Jun 2010
Lagu Bila Cinta by Fili or Gio..dua2 best3..
Aku rasa kan,,cita tu jd best atas bantuan lagu dy ja..
plus lakonan lisa + fazura + que..yang lain suma besa2 ja..
Part yang paling xbest adalah pas AYU eksiden tu..jadi macam pondan pulak...haishh..
hilang mood dowh nak tgk cita tu..
apa2 pun boley la kalo takat nak tengok2 hilang boring..
Anyway,,lagu dy tetap THE BEST gileee..
Lirik Lagu Bila Cinta by Fili
Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan
Ahad, 23 Mei 2010
Risau..pelik..
sebab.....
Esok exam lagi..
Risau gila...
Takut apa yang aku baca xmasuk + takut lupa ingatan..
mintak simpang la...aishh
Aku pelik...
Bangun ja pagi tadi,,tetiba kak aku yang no 2 tepon..
ingatkan apa la..
rupanya dy mintak tolong aku tukaq layout blog..
aku tak expert sangat bab2 tukaq2 layout ni..
sebab blog aku ni pun hitam
tapi,,aku cuba jgk nak tolong dy..
so,,aku pun tya la rumate aku..
dy cakap amik kat pyzam senang..tapi layout dy macam budak2 sket..
kak aku nak layout dari hotbliggity mana ntah..
cun memang cun..
cuma xbley nak tukaq...
dah buat segala macam cara dah..
pening jugak aku...haish,..
So,,sapa2 yang ada terbaca entry ni,,
boley la suggest kat aku camana nak tukaq..
coz aku dah search dah HOW TO CHANGE TEMPLATE..
but still macam hampeh..
Urm..k la..nak sambung study..
go..go..go..go..
Jumaat, 21 Mei 2010
Falsafah Yang Membunuh..
Kalo orang tanya boleyh jawab ka dak??
jawab tu boleyh..
Cuma betoi ka salah,,aku xtaw la..
Goreng punya goreng sampai hangit..
Tambah2 bahagian struktur..
Paling masyuk sekali ialah sumbangan Tokoh pun aku goreng garing..ha ha ha
Owh..sumbangan Awang Had
erk,,,macam nak biol aku ingat..*padahal aku siap buat folio pasal dy lagi..
Erm...benda dah lepas pun..
aku dok geram sorang2 bukan dapat apa pun..
kalo bley buat markah aku automatically jadi A best gak..
Ok..lagi 3 papers to go...pulun sikit...
Pasni,,baca buku pun,,muka kena yakin ja..macam budalk kat bawah ni..ha ha ha..
Ahad, 16 Mei 2010
Selamat Hari Guru...
Hari ni dah 16 Mei..
Hari Guru..he he..seronok2..
kenapa??
sebab walaupun xjadi cikgu yang sah lagi,,
dah ada anak murid hantaq mesej ucap
..glurppp..telan ayaq liuq jap..
Dalam hati ni seronok xsangga..padahai dua org ja pun yang wish..
xpa2..
at least ada jugak insan kerdil yang sudi ucap kat aku..
terima kasih izzah n fareez..
ni anak murid masa aku menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah
kat SK Jalan Datuk Kumbar dulu...
Walaupun seminggu ja aku kat sekolah tu,,depa ingat jugak kat aku..
Betoi la org kata "Semusim kita bersama seumur hidup terasa"..eceh..padahai seminggu ja bersama..over plak..tapi betoi pa..terasa sampai skarang...rasa macam baru lagi....
Kadang-kadang,,benda2 macam ni la yang membuatkan aku berkobar-kobar dan xsabaq untuk menjadi seorang guru satu hari nanti..
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.... :')
SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di seluruh DUNIA......
Sabtu, 15 Mei 2010
Terasa Bila Dah Tiada..
actly memang sedey pun..
maktab tgh xdak ayaq..
Ya Allah..betapa peritnya kalo ayaq xdak..
ya la kan..nak wat apa2 sangat la susah.
kesan2 buruk hasil daripada ketiadaan ayaq :
1)nak kencing + berak xdak ayaq nak basuh..erk??
2)nak mandi pun xbley..berpeluh siott..busukkkk..tambah2 skang ni musim
panas..
3)baju nak basuh..kne stop jap..menimbun la ha baju dalam baldi..
4)nak minum pun masalah bila xdak ayaq..telan ayaq liuq ja la..
5)jerawat naik..hah??tetba ja jerawat naik..ya la kan..bila kita
berpeluh,,berminyak muka ni..nak basuh muka ayaq dah la terhad..
mula nak naik jerawat..adoi..
urm..tapi..apa kaitannya dengan tajuk entry ??
Terasa Bila Dah Tiada...
well..kita selalu leka,alpa,lena dibuai mimpi la bila ada
sesuatu yang berharga depan mata..
Sampai la Tuhan uji kita bila benda tu dah xdak..
baru kita nak sedaq...
terjaga dari mimpi yang lena..terkejut..terpana..semua la..
pastu mula nak mengamuk xtentu hala..
Macam ni la yang terjadi kat aku skang..
seblum ni waktu ada ayaq bukan main sronok lagi..mandi xhengat dunia..
bukak ayaq sikit punya laju..sampai banjir bilik ayaq..
kalo gosok gigi,,aku slalu ja biaqkan ayaq sinki tu terbuka...sampai penuh ayaq dalam
sinki..
ok..konklusinya..bersyukurlah dengan nikmat bekalan ayaq yang kita ada..
Sebab kita akan rasa betapa bernilainya nikmat ayaq tu bila dia xdak walaupun untuk seketika..

Rabu, 12 Mei 2010
EXAM..
Assalamualaikum..
X lama lagi aku dah nak exam..
kepada kawan2,pembaca blog ni,n sapa2 ja yg kenal aku,,
aku menyusun sepuluh jari..
memohon maaf jika ada salah dan silap..
mana la taw aku ada wat benda yang mengguris hati dan perasaan hampa tanpa sedar ka kan??
he he..k..tu ja..babai..
Khamis, 28 Januari 2010
PeLIK..tapi BenaR..
Assalamualaikum..rasanya,,dah hampir seminggu lebey x bukak blog ni..bukan kesuntukan masa or apa..just malas dengan internet maktab yang kurang bagus ni…lambat macam siput…he he..wat ever la kan..janji aku xkena buang maktab..=))Sejak dua menjak ni kan..aku jadi pelik la ngan pentadbiran maktab aku ni..xtaw la ianya berpunca daripada sapa…berikut adalah benda2 pelik yang berlaku yang agak menimbulkan tanda tanya yang menkompiuskan kepala aku..>>>>>
1)Ada arahan supaya memindah blog..(ape la kejadahnya???sigh…)
Actly,,2-3 tahun yang lepas,,belok yang didiami pelajar lelaki sekarang adalah blok plajar pompuan..tapi,,satu hari,,ada kes pencuri ka perompak ntah yang menceroboh msuk ke dalam blok pompuan dan sering kali terdapat org gila seks dok tunjuk “barang” dy kat budak pompuan....jadinya,,selepas insiden tu,,pelajar pompuan diarahkan berpindah ke blok plajar lelaki atas dasar ianya lebih selamat..itu rasionalnya perpindahan blok pada 2-3 tahun lepas..bley la diterima akal hendaknya…TATAPI,,apa yang berlaku hari ini,,setelah beberapa tahun hidup dengan selesa di blok masing2,warden wat gempak plak soh plajar pompuan pindah balik ke blok yang dulu..yakni blok plajar lelaki yang pernah dicerobohi ketika zaman plajar pompuan duduk kat situ dulu…atas rasional,,masa cuti last year,,blok budak pompuan,,ada gangguan makluk halus…adeh…bukan apa..makluk2 ghaib ni,,kat mana2 pun ada kan???kita sebagai manusia,,yang juga makhluk sepertinya juga,,sentiasa la beringat..insyaAllah BENDA tu xkan kacau kita…lain la kalo sengaja p main “spirit of coin” la..dan macam2 lagi aktiviti yang menjurus kepada kedatangan ia..as a muslim..baca al`Quran at least a page a day..baca ayat kursi byk2..insyaAllah xdak apa2...kembali kepada topic asal..pasal pindah blok ni..alasan perpindahan kali ini,,sungguh tidak kukuh…aku bukan apa..takut pisang berbuah dua kali..insiden merompak,,meragut,,mencurik tu berulang bila plajar pompaun dok blok lama balik…risau la…katanya warden,,akan ada 22 org pak guard akan kawal asrama pompuan…daripada membazir bayar gaji amik pak guard banyak2,,baik gunakan wang tu untuk tampung peruntukan Program Bina Insan Guru(BIG) yang telah dipotong peruntukannya…ye dak????ada la jugak kebaikannya…lagi satu,,nak angkut barang ke hulu ke hilir masa pindah blok dah jd satu hal lagi..bley plak warden cakap nak sewakan lori angkut barang pelajar2..xke membazir namanya???…tapi,,apakan daya,,sebagai org bawahan..yakni pelajar yang tidak punya apa2 kuasa ,,aku hanya mampu menurut arahan..tgu ja la hitam putih..nak bantah xjadi apa2 dah…coz surat bantahan dah dihantar..tapi macam dipandang enteng ja oleh pihak pentadbir…*well,,that’s life as a training teacher at Terengganu that get elaun.isu elaun menjadi alasan utama kenapa aku perlu ikut ja peraturan even kadang2 ianya langsung xmasuk akal…..…xsama macam student IPTA yang lain..kononnya,,sebagai bakal guru,,tidak sama seperti pelajar di IPT lain..come on la..maktab lain pun nak lahirkan guru..napa lepak ja???sampai kan kakak aku yang kat maktab kat Batu pahat tu kata camni”dalam banyak2 maktab kat Malaysia ni,,maktab hang la yang paling bangang skali”*maktab hang adalah merujuk kepada maktab aku…padan muka aku…terseksanya hidup kat sini,,hanya Tuhan yang tahu..bukannya aku xmensyukuri nikmat Tuhan..Cuma kadang2 aku benci dengan tittle “Bandaraya “yang dimiliki oleh ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu..ianya langsung tidak layak untuk digelar bandaraya..yang layak hanyalah pekan koboi kot…seteruk2 Aloq Staq ,,teruk lagi Terengganu…dah la mahal gle barang2 kat sini..especially the food..very the expensive…xcaya,,sila la mai Terengganu..apa yang paling mengejutkan aku adalah apabila mengetahui bahawa Kuala Terengganu is the 2nd city in Malaysia which having the highest living cost after Putrajaya….gila kapo????ibu negeri yang hanya mempunyai shopping mall seperti MYDIN MALL dan GIANT mampu mengalahkan ibu2 negeri lain yang lebih maju seperti IPOH,JB,SHAH ALAM n so on…apa2 pun,,itulah hakikatnya….
*pssssssst:nak mandi kat tandas kat Terengganu ni ada yang kena bayar RM2 wooooooo..gile bapak punya mahal…bab2 kapak duwet org sungguh hebat di sini..
2)Penutupan Bilik Komputer(BIKOM)
Apa la yang xsempurna lagi dimata pengarah IPG aku ni???BIKOM tu xkacau sapa2 pun…memberi manfaat lagi ada…Disitu la tempat aku membeli makanan ringan dan minuman2 seperti ayaq kotak dan ayaq tin serta potostating waktu malam..ye ar..maktab aku bukan macam university...malam2 pompuan xbley kuaq kalo xdak keta..nak potostat ka apa,,suma siang..tapi,,setelah BIKOM ni dibuka pada ujung tahun lepas,,sedikit sebanyak,,dapat la menjimatkan tenaga dan duwet serta memudahkan aku dan warga maktab2 untuk mempotostat nota2 ka apa..kebetulan,,baru2 ni,,aku xjoin potostat kelas dah..sebab teringatkan kat BIKOM ada potostat dengan harga serendah RM0.04 sehelai jika melebihi 101 keping..tapi,,panas yang aku sangka sampai aku dapat degree,,rupanya ribut taufan dikala aku baru melangkah masuk degree..sedey doe..…kat maktab aku ni,,just ada satu koop yang dibuka pada jam8 pagi hingga la jam 4.30ptg…dah la potostat kat koop tu sekeping RM0.10..xkira la seribu keeping ka apa,,tetap RM0.10..gile xhengat nak telan duwet pelajar…kesian doe kat mak cik yang jaga BIKOM tu…ye ar..tu periuk nasi dy…masa mula2 bukak dulu pun,,bukan dy pandai2 sendirik bukak..ada kelulusan dari pengarah wooo..pengarah sendiri yang tandatangan…rupa2nya,,semalm masa mak cik tu dapat notis tutup BIKOM,,pengarah kata dy xbaca bagi habis apa benda yang terkandung dalam surat yang dia tandatangan masa BIKOM nak diluluskan satu ketika dulu..dat’s pengarah punya fault…sapa soh xbaca???mak cik tu kalo ikutkan,,bley ja nak saman pengarah tu…saman malu ngan ganti rugi serta saman pengajaran..tapi,,disebabkan prosedur panjang,,mak cik tu pindah ja coz dy pun ada kedai potostat dan runcit sendiri..dy ckp,dy jual minuman n makan ringan n potostat murah2 n fail2 sikit kat BIKOM tu pun just atas niat nak tolong budak2 maktab..see…mak cik yang mengaji xbrapa tinggi pun ada perasaaan belas kasihan tgk budak2 maktab yang kalo nak g kuar kena jalan jauh + bahaya plak tu..ni,, pengarah maktab sendiri xbley nak ada perasaan timbang rasa kat pelajar yang berada di bawah jagaan dia sepatutnya….
3)LARANGAN MAKAN KAT KEDAI POK PIN…
Taw x yang Pok Pin tu berniaga depan maktab kenapa???sebab,,itu memang dy punya punca pendapatan…betol la kan??.dari zaman tok nadok lagi pok pin tu dah bertapak kat situ…sampai ex cikgu biologi aku kat skolah gopeng a.k.a cikgu fazli yang macho tu pun kenai pok pin tu(kalo cikgu fazli baca ni mesti bangga)..cikgu aku cakap,,pok pin tu dy punya TEH O dy murah..ya!!aku setuju..teh O masa zaman cikgu aku,,3kupang ja secawan..zaman aku standard kat pok pin ni,,the O dalam 5 ke 7 kupang ja..ni ja la satu2 nya kedai makan termurah kat area maktab aku..nak harapkan kafe??hampeh..pengarah just tawu nak soh student makan kat kafe..dy xpulak g makan kat kafe…bley plak dy g makan kat luar…sepatutnya,,dy kena sekat diri dy dan pensyarah2 lain supaya tidak makan kat luaq..baru la dikatakan adil..pahit manis ditelan bersama..baru timbul kemesraan..cewoh..ha ha..kembali pada topik..pagi tadi,,tetba,,aku dengaq,,bdak2 maktab xleh kuar even ke kedai pok pin pada waktu kuliah mahupun waktu rehat…haish…apekah???menyekat periuk nasi org taw x???..aku bukan apa..sian kat pok pin..kalo budak2 maktab xbley g makan kat kedai dy,,sapa lagi nak g makan???nak harapkan org2 kampung,,apa lah sangat kalo nak d bandingkan dengan plajar2 maktab yang seringkali menyerbu gerai usang dy tu…mcamana la salary dy untuk hari2 pasni kn???mesti bihun goreng,mee goreng,,nasi goreng,,kuih muih,,nasi lemak dy xhabis kan??…sian weh..pok pin tu dah tua..aku rasa kan,,umur dy panjang sebab org slalu doakan dy kot..lagi satu,,dy berniaga ikhlas…mesti org doa supaya dy panjang umor kan??antaranya adalah aku..sebab aku nak pok pin tu bukak gerai sampai aku abis degree..he he eh..jimat duwet aku…gerai pok pin sungguh berbeda dengan kafe kat maktab aku tu,,makanan xsedap..kebersihan xjaga..harga mahal..pendek kata,,suma yang buruk,,suma ada kat kafe..ye ar..dah kat maktab ni xdak kafe lain..bley la dia sesuka hati wat sambil lewa..cuba ada kafe lagi satu..kompem bankrup…disebabkan xterpancar keikhlasan ketika berniaga kan,,dy punya owner tetap xkaya2 sebab slalu kapak duwet org..ha ha..memang banyak la org menyumpah seranah..dan org itu antaranya adalah aku..keh3..betol weh..slalunya kan,,kalo org tu ada pegang tender kafe kan,,mesti dy kaya ye dak????ni kan aku tgk..dok macam tu ja…xkaya2 pun...prove that doa orang-orang yang teraniaya dimakbulkan..ek kee ke e ke ekek eke..ha ah aha ah ..
nota kaki:nak tukar maktab mcam susah..bapak aku bukan pengarah BPG..aku kena redho ja la..tapi,,untuk mencapai tahap keredhaan hati ni yang hakiki,,fuh..mau aku berak taik keras dulu...susah weh..tambah2 aku yang jenis keras kepala ni..hurM~~~~~~~..Orang skarang ni,,kalo naik pangkat sikit ja,,mula nak gila kuasa..cuba rileks2 ja..paham org2 bahawan sket...baru la org sayang...kan???opss...terEMOSI plak..k2..chill=))