Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Lega rasanya bila dah selesai Program
BIG a.k.a Bina Insan Gemuk Guru untuk semester ni..
Penat tu sudah pasti..tapi kudrat masih larat..
so,,aku gagahkan juga tangan gemuk ni menaip..
bukan apa.takut2 aku lupa nak catatkan kenangan BIG aku kali ni..
BIG untuk semester ini masih berkonsepkan
kidmat masyarakat sama seperti BIG semester lepas,,
cuma kali ini kami buat di
Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi..
Slot pagi dipenuhkan dengan aktiviti LDK yang bertujuan
membina keyakinan dalam diri anak-anak di sini
di samping memberi peluang mereka meluahkan
idea dan pendapat mereka dalam bentuk yang kreatif..
Pada sebelah petang,kami memeriahkan suasana
dengan aktiviti sukaneka..semangat anak-anak yatim dekat sini tinggi..
cuma mereka agak degil..susah nak dengar arahan..
bikin sahabat-sahabat gua naik marah..wa ha ha..
sampaikan siah kata,,,ada yang nak terkeluar bahasa jawa..
susah..memang susah nak mengawal keadaan..tapi tak apa..
kami masih belajar..belajar menjadi insan GURU..
mengawal emosi sambil mengawal murid..amacam??
dengar macam biasa..tapi,,bila berdepan dengan situasi,,
pening kepala cikgu nak memikir..he he..
Selain itu,terdapat satu slot pengucapan awam
yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang merupakan
rakan satu batch aku ,Saudara Mohd Aidil dengan tajuknya
lebih kurang macam" Penyerapan nilai murni dalam kehidupan seharian"..
Beliau banyak mengaitkan nilai murni yang boleh
diamalkan dalam kehidupan seharian kita seiring dengan sunnah Rasullullah..
Memang sungguh bertepatan sempena bulan kelahiran Baginda Rasullullah ni..
Pendekatan yang digunakan sangat bagus..cara penyampaian sangat teratur..
Ya... hati aku sayu bila penceramah ni tiba-tiba bercerita tentang mak..
baru aku tahu rupanya dia juga anak yatim..
Mak dia pergi menyahut panggilan Illahi ketika dia berumur 12 tahun...sadis bukan??.
beliau berulang kali memesan supaya menghadiahi ibubapa kita
al-fatihah setiap hari sebelum tidur..
xkira la kepada ibu bapa yang masih hidup mahupun yang sudah tiada...
Aku bersyukur sangat masih mempunyai mak.
Kalau aku sedih,gembira,aku boleh juga telefon mak..
cerita itu ini dekat mak..
ok..cukup!!..kang homesick susah.. :'(
ok..di akhir majlis,kami memberi sedikit
sumbangan hasil kutipan derma berupa wang,pakaian, dan kasut daripada warga
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail kepada anak-anak yatim..
Terima Kasih kepada semua yang sudi menyumbang..
Harta dunia xbawa kita ke mana-mana..
So,,ringankan tangan,,hulurkan bantuan kepada yang lebih memerlukan..
Ok.itu saja serba sedikit tentang BIG kali ini..sempoi ja..
Walaupun masa xpanjang bersama anak-anak yatim ni,,aku tetap enjoy!!
GEMBIRA!!
sebab dah habis BIG..
yeeehaaaaaaaaaa..wa ha ha ah aha ha ah aha aha..!@#$%^&_+*_____________..
ok..selamattttt...
-END-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan