Selasa, 25 Januari 2011

Kata-kata Padat..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Memetik kata-kata daripada Cikgu Omar Sani

"Menjadi guru bukan bermakna tugas itu hanya mengajar murid, tetapi guru juga masih tetap kena berterusan belajar...... meningkatkan ilmu, meluaskan pengalaman, mengurus emosi, mengurus komunikasi, mengurus masalah, mengurus strategi, mengenali masyarakat dan sebagainya........"

p/s : Peringatan untuk diri sendiri dan rakan-rakan yang bakal menjadi guru mahupun yang sudah bergelar  guru..

-END-

Isnin, 24 Januari 2011

Kadet Bomba dalam kenangan..Part 1


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Ok..ekceli,,pas sembang ngan siah tadi,,
tetiba ja aku rasa teringat nak p daki gunung..
tetiba ja..ha ha
lama dah x join aktiviti2 lasak..
rindunya..
dulu kalo zaman sekolah bley jugak ikut aktiviti yang sekolah buat..
paling-paling pun bley gak g perkhemahan,,daki gunung yang xberapa nak tinggi,,masuk gua yang xberapa nak femes....
yang bestnya aktiviti time zaman sekolah ni bukan apa..
sebab ada cikgu yang tolong organised kan semua...he he..kiranya,,aktiviti yang dijalankan tu dah siap sedia dah..tunggu nak laksanakan ja..dan satu lagi,,keselamatan tu terjamin la jugak..

*******
Zaman sekolah dulu,,aku kadet bomba..
ha ha..lawak gila bila teringatkan kena pakai baju celoreng..keras nak mampuih..pfffffftttt...
walaubagaimanapun..
dengan kadet bomba ni jugak la aku belajaq banyak benda,aku buat banyak benda,dan macam2 lagi..
bagi aku,, kadet ni best  sebab guru penasihat bomba aku time tu ialah Puan Sonita Sudin..dia memang sempoi dan cergas.Banyak aktiviti yang dia rancang dan telah berjaya dilaksanakan..Lagi sorang cikgu yang aku ingat ialah Sir Fazli bin Dollah..dia cikgu Biologi aku..dia pun sama cam cikgu sonita.cergas dan sempoi..yang lainnya cuma dia lelaki.he he.dan bila sebut lelaki,,mesti la suka aktiviti2 lasak ni kan??so,,best la bila dia adalah salah seorang daripada guru penasihat kadet bomba..enjoy habis..

**********
Seingat aku,,1st perkhemahan tyme aku sekolah menengah ialah masa aku form 2,,
perkhemahan Kadet Bomba di Ulu Geruntum,Gopeng..
mak aih..nak masuk dalam tu  kurang lebih dalam 8 km jugak la..
jalan kaki plak tu..
Mind set aku dok ingat dalam 2-3 km ja.sekali jauh nun..sabaq ja la...
Sampai ja kat tapak perkhemahan tu,,aku siap cakap kata Paah *merangkap kawan setia aku sepanjang menjadi ahli kadet bomba* yang aku xmau balik sekolah kalau kena jalan kaki..
Tension tok sah kata la..mulut xabes2 dok ngu ngam ngu ngam sorang2..
Apa2 pun,,menitik jugak la ayaq mata aku tyme tu bila teringat kan geram punya pasai sebab kena jalan jauh...
Gila xkental aku masa tuh..tapi tu dulu...sekarang x dah.... =)

******************

Perkhemahan kat Ulu geruntum ni agak adventure la..
sebab tidoq dalam khemah askar tu..duduk dalam 7-8 orang..kena pulak tyme berkhemah tu hujan..
longkang yang dikorek keliling khemah xmampu nak tampung air hujan yang banyak..terpaksa la sendalkan tapak khemah kanvas dengan kasut but nak bagi tinggi..so that khemah xmasuk ayaq...
Kat perkhemahan ni jugak la aku ngan Sofia ngan Paah p cari buluh nak buat tanda nama kat khemah..pastu pakat dok potong kecik2..then,, ikat buluh tu bagi jadi huruf plak..masa ni la guna segala jenis ikatan bagai..
sayangnya,,banyak dah ikatan yang luput dari kepala hotak aku ni..lupa habis..

*********
Tapak perkhemahan kat Ulu geruntum ni tepi sungai..
ok..ayaq sungai dia laju nak mampuih..
Kat sungai ni la 1st tyme aku  berflying fox yang dibuat sendiri oleh anggota bomba Gopeng..
Flying fox ni dibuat merentasi sungai yang  batu dy bersegi + tajam..bagi aku yang berat badan  xberapa nak sikit ni,,of kos la mencabar..ha ha..
masa aku buat tu,,lutut aku bergesel la sikit kat batu..seluar aku terhakis sikit...
sebab aku punya pasai gak..cikgu aku suruh luruskan kaki..aku p bengkok..ketegaq punya pasai..padan muka aku..
Sungai ni banyak batu2 besar yang bersegi..bukan bulat dan licin macam kat sungai2 biasa ni ha..
mungkin faktor arus air sungai yang deras dan sering menghentam batu2 kat sungai ni sehingga batu2 kat sungai ni   xsempat nak tumbuh lumut..ha ha

k..part 2 aku sambung lagi..

p/s : sungai ulu geruntum ni jugak terkenal dengan aktiviti water rafting ,waterfall abseiling dan aktiviti2 air yang  mencabar..kalau sapa2 yang suka lasak2,,aku syorkan hampa p la try sekali..



Selasa, 11 Januari 2011

Ada apa dengan pemulihan??

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Kalo based on tajuk aku,,
Ada apa dengan pemulihan??
aku pasti..
mesti banyak persoalan yang akan muncul 
dalam kotak fikiran hampa kan??..
Pemulihan??Apa pemulihan tu weyh??.
Rata-rata,,kalo aku bgtao yang aku nanti jadi cikgu pemulihan..
orang mesti kata camni kat aku..
"cikgu pemulihan tu cikgu budak bodo tu ka weyh??"
tang "cikgu budak bodo" yang aku sentap sekali..ha ha
siap ada yang kata camni kat aku.
"cikgu pemulihan ja ka hang weyh?"
bila ingat2 balik,,rasa sedey la jugak kan..macam low class gila plak aku kn?..
but,,semua tu aku xambil kesah pun..he he
sebab apa??
sebab aku belajaq untuk jadi cikgu ni,,
xpayah buat pinjaman pun..aku dapat elaun..
pastu aku grad nanti kompem aku jadi cikgu..DG41 lagi..
xpayah nak pikiaq pasai hutang segala..
masa aku belajaq ni pun,,
xsusahkan mak ayah aku sangat..
yang dok soh seh kat blakang tu,, ntah2 mengaji pun buat pinjaman PTPTN..
pastu nak belagak ngn aku yang hang masuk universiti kan??
aku maktab je kot..eh..dah naik taraf sikit jadi institut pendidikan guru pun skang ni..

urm.apa2 ja la kan..
so,,now,,aku xmbik pot sangat pasai soh seh soh seh mulut org ni..
biaq la orang nak kata cikgu ja??
yang pasti,,aku taw apa tugas aku..apa target aku..
nak ajaq pulak student yang jenis otak xberapa nak pikap..
bukan xboleyh..
cuma depa lambat sikit ja..
pikiaq2 balik,,banyak jugak pahala dapat 
kalo aku boleyh tolong budak2 camni..
pada aku,,buat la kerja apa pun,,janji ikhlas dan lillahita'ala..
supaya ada berkatnya apa yang kita buat..


-END-


Ahad, 9 Januari 2011

Bloglarian For BlogWalkers..

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum..

ok..harini aku blogwalking la jugak sket2..
skali terjumpa sumting yang menarik kat blog ahfantasy24..
dy ada bgato pasal BLOGRUNNING..he he
ye ar..asyik blogwalking ja kan..
nak gak terai blogrunning..
so,,aku pun godek2 ar cemana nak buat ni..
apa benda blogrunning ni kan???..

********************
Rupanya blogrunning ni adalah satu cara untuk 
blogwalkers ni senang menjalankan aktiviti blogwalking dorang...
xpayah nak susah2 bukak banyak2 tabs..
dengan adanya blogrunning ni hampa 
just bukak satu tabs then dah bley wat blogwalking
empat ke lima blog sekali gus..
good idea kan??
bijak betoi sapa yang buat ni.
Ekceli,,untuk join dalam senarai bloglarian ni,,
kena buat sumting yang simple ja..

Korang just ikut arahan kat bawah ni ja.he he....



1)  Letak banner ni dan link kan ke http://bloglarian.blogspot.com/

Done..


2)  Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
Saya suka berblogwalking kerana :
1)Hobi..
2)Boleh kenal ramai kawan
3)Boleh dapat banyak info dan ilmu yang mungkin xdak di luar sana.

3)  Follow  Bloglarian
Done..

4)  Tag 3 orang atau lebih rakan
sue
5)  sila beritahu rakan yang anda Tag memalui comment
ok..

6)  Tinggalkan link post anda di comment entry padelblog bersama NAMA BLOG ANDA 
ok

7)  peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..
ok..sabaq menanti..he he

8)  tiada tarikh tutup buat masa ini
so,,korang bley ar join lagi..

easy gila kan??
just kena tunggu 3-5 hari ar untuk dilistkan..
buat ni pun just suka2,,
so,,rileks ja..
jangan kalut..
k..

-END-

Sabtu, 8 Januari 2011

Saya suka header saya cantik!!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Entry ni dibuat sebab nak kan header free..
he he..moga2 dapat la..aminnn..
bukan apa..header blog ni ntah apa2 ntah..
so,,disebabkan cik suraya ni berbesar hati 
nak tolong buatkan header untuk 10 org yang terawal,,
apasalahnya aku mencuba nasib ye dak??ekekekke

***********************

Nak bende free je an??
mana bley..
mesti ar kene buat work sket..ada syarat weyh..
 syarat2nya??
ok..here it is..



1. Jadi follower sue

#ok..DONE!!

2.Buat satu entri ngan tajuk: saya suka header saya cantik!!!

# DONE!!

3.Letakkan banner diatas n link kan pada blog sue...

# DONE!!

4. Nyatakan ciri2 header yang korang suka.

# nak header yang mengandungi warna red n black..

xmau pink..girlish sgt..nak ganaz gitu..ahaksssss

# tema   abstrak pun ok..he he...

5. Letak link korang kat komen di sini!

ok..dah settle..

*ok..see..mudah ja kan??
erm..sue,,ok dak??ha ha
so,,sapa2 yang teringin,,tunggu apa lagi weyh??
ingat senang  ka orang nak buat header free2 kat kita??
JOM2..pakat buat..
ok..

-END-



TAGged

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..
Bosan2 petang2 ni..cam biasa ar..
blogwalking ja la..
skali aku baru perasan yg aku di TAG..
oleh kak husna..
so,,layan ja la..he he

1. namakan 3 makanan yang korang paling suka dan bagi spesifik nama makanan tersebut dan da way u like it..
#1st-Nasi beriani + ayam masak merah..lapaq la pulak,,adoi...
#2nd-Charkuehteow...kerang ka,,udang ka,,semua aku suka...
#3rd-Mee rebus haji yusoff dekat anak bukit,aloq staq kedah..perh..sedappppp..

2. jenis air apa yang korang paling suka?
#Aku suka ayaq limau ais dan teh O ais limau....

3. which type of food yang korang paling prefer? pilih 3 malay, chinese, japanese, western, italian, mexican or arabian?
#1st- Malay la..jati diri kuat lagi..lidah memang xbley ubah lagi..
#2nd-Arabian..roti nan + ayam tandori tu arab2 gak  kan??
#3rd-Japanese..ok..aku suka shushi..dulu masa skolah,,
outing ja mesti p beli shushi kat jusco..ha ha..

4. apa makanan yang korang paling expert masak? dalam kata lain takyah tengok resipi tapi at da same time bila orang lain rasa orang lain akan kata..."wah, sedap gila~!!"
#Nasi goreng belacan + daging goreng kunyit..

5. semahal mana korang bayar makanan korang?
#Yang pasti xpenah lebih rm50 untuk sorang makan.

6. beri nama restoren feveret. apa nama makanan paling sedap kat situ.
#Medan selera jalan tun razak,aloq setaq..makanan paling best adalah
 satey ayam,perut dan daging..moi sup daging special dan ABC special!!

 7. ayam, kambing, lembu, itik, burung puyuh, burung wak2, landak, ayam denak, mana satu yang korang suka? kalo ada lain yang korang suka aku tak list korang bitau jelah.
#Ayam kampung,lembu dan ikan..

8. restoren/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. dan makan minum apa? kalo korang ingatla..
#Kedai makan sekitar city plaza..xingat la kedai yang mana..ha ha

9. apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang. kenapa?
#Nasi berlauk..sebab perut dy jenis nak nasi..xmakan nasi xkenyang kot..WAJIB makan nasi..

10. kalo korang pergi rumah orang, korang harap tuan rumah tu hidang apa?
#Berger daging double special chesee+mayonis lebih
..ha ha..mau kena taboh ngan tuan rumah.

11. makanan yang korang tak boleh telan langsung..samada tak sedap or tekak korang dah kembang..
#Masakan kt kedai cina..bau pun dah xtahan..nak muntah..

12. menu raya paling disukai?
#Nasi beriani yang dimasak oleh ayah dan
 ayam masak merah yang dimasak oleh nani*kakak sulung aku*

13. jajan or cekedis feveret?
#Super ring dan tam-tam  la...sedappp gila..

14. beri 2 makanan yang emak korang masak korang suka.
#Nasi lemak,nasi ayam,dan sup daging dengan kobis..

15. makanan paling pedas korang makan..sapa masak?
#Sambal udang kat umah nani..memang dy guna cabai gila..
even mak aku masak lagi skali,, letak asam pun xmenjadi..
memang gila punya cabai..

16. kalo korang jumpa orang yang tag ni apa yang korang nak beli/belanja?
#Belanja nasi lemak yang famous dekat jitra..

17. sila tag 5 orang yang dipaksa untuk buat tag ni. 
#xtaw la nak tag sapa..sapa2 ja la yang baca..kalau rajin buat taw!!

ok..
DONE!!!

*out..nak p jogging dengan akak siah..bye...

-END-



Besday Boy

 Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

Special on 08 jan..which is today la kan..
i would like to wish 
HAPPY BIRTHDAY TO MY DEAR
MOHD FIRDAUS 
dah 21..dah x sweet dah la..ho ho

SEMOGA SENTIASA BERADA DALAM
 KEREDHAAN ALLAH
DAN 
SEMOGA TAHUN NI MEMBAWA REZEKI
 YANG MELIMPAH-RUAH...ha ha...so that cepat sket 
kawin..kah3..gataiiii!!
 =)

*aku baru ja cukup 20 tahun 26disember baru ni..
tup-tup dia dah masuk 21..