Khamis, 16 Februari 2012

Tukang Tilik Moden..

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum..

Ini hanyalah satu pesanan ringkas..
cuma nak tekankan..
kita hidup ni,, kena saling ingat mengingati antara satu sama lain..
terutamanya ke arah kebaikan..
sebab kita kan manusia..
sentiasa leka,alpa, dan lupa..
Kadang2,,benda yang kita buat tu,,just untuk memain..
tetapi hakikatnya,,sangat membahayakan aqidah kita..

Baru-baru ni,,dekat FB kan ke sibuk orang post pasal
BILAKAH TARIKH ANDA AKAN BERNIKAH??
aku adalah orang yang gatai tangan p klik aplikasi ni..
aplikasi ni seolah2 meneka dan menjangkakan
bila tarikh kita akan bernikah dan dengan siapa kita akan bernikah..
walaupun aku xpercaya mana pun..
tapi,,tindakan aku p try klik tu pun dah dikira macam menilik nasib aku tanpa sedar..
tapi alhamdulillah..ada insan yang prihatin dengan tindakan aku..
lepas aku dapat mesej dr sorang kakak ni,,terus cepat2 aku delete aplikasi tu..

Ini adalah  mesej peringatan yang sangat bermakna untuk diri aku .. :

 sory ye dik,akak cuma nak beri peringatan..esp bila sesuatu sgt bahaya.. hati2 ye, sbb nabi SAW pesan, (mksudnya) siapa yg pergi pd tukg tilik shj pun amalannya x dterima slama 40 hari, apatah lg mmpercayainya..tukg tilik moden ni kita pun tak sedar, sgt halus...


ok..FOKUS disitu ialah tukang tilik moden..antaranya aplikasi2 mengarut tu la..
haa..lagi satu,,zodiak2 tu pun termasuk skali la..
kadang2,,ada yang baca zodiak masing2,,
kemudian,,bila tekaan yang dibuat tu tak sama dengan apa yang kita nak,,
mula la nak frust la..risau la..takut la..ketaq la..semua ada..
dan kalau apa yang ditulis tu kena dengan apa yang kita nak,,
kita senang sangat rasa  selesa dan yakin sampaikan  kita rasa  x payah  usaha lebih2 pun xpa.. 
 sebab kita yakin dengan tekaaan @ tilikan yang dibuat tu betul2 akan terjadi kat kita..
hurm.bahaya kan??

INGAT!!
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)..

Sekian..













Tiada ulasan: