Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru...

Alhamdulillah..
Hari ni dah 16 Mei..
Hari Guru..he he..seronok2..
kenapa??
sebab walaupun xjadi cikgu yang sah lagi,,
dah ada anak murid hantaq mesej ucap

"Selamat Hari Guru Cikgu Ilham,bila lagi cikgu nak mai sekolah saya??"
                                    
DAN

"Assalamualaikum cikgu comel..Selamat Hari Guru..saya rindu cikgu sangat2.."

..glurppp..telan ayaq liuq jap..
Dalam hati ni seronok xsangga..padahai dua org ja pun yang wish..
xpa2..
at least ada jugak insan kerdil yang sudi ucap  kat aku..
terima kasih izzah n fareez..
ni anak murid masa aku menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah
kat SK Jalan Datuk Kumbar dulu...
Walaupun seminggu ja aku kat sekolah tu,,depa ingat jugak kat aku..
Betoi la org kata "Semusim  kita bersama seumur hidup terasa"..eceh..padahai seminggu ja bersama..over plak..tapi betoi pa..terasa sampai skarang...rasa macam baru lagi....
Kadang-kadang,,benda2 macam ni la yang membuatkan aku berkobar-kobar dan xsabaq  untuk menjadi seorang guru satu hari nanti..

Kat bawah ni adalah sedikit cebisan bait2 indah Usman Awang tentang GURU... 


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.... :')








 



SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di seluruh DUNIA......

2 ulasan:

CIKGU NAMAN berkata...

selamat hari guru!

ousna90 berkata...

tq..he he..seronok2..