Ahad, 23 Mei 2010

Risau..pelik..

Aku risau lagi..
sebab.....
Esok exam lagi..
Risau gila...
Takut apa yang aku baca xmasuk + takut lupa ingatan..
mintak simpang la...aishh

Aku pelik...
Bangun ja pagi tadi,,tetiba kak aku yang no 2 tepon..
ingatkan apa la..
rupanya dy mintak tolong aku tukaq layout blog..
aku tak expert sangat bab2 tukaq2 layout ni..
sebab blog aku ni pun hitam belegam ja..ha ha..*tampak sedikit buta IT
tapi,,aku cuba jgk nak tolong dy..
so,,aku pun tya la rumate aku..
dy cakap amik kat pyzam senang..tapi layout dy macam budak2 sket..
kak aku nak layout dari hotbliggity mana ntah..
cun memang cun..
cuma xbley nak tukaq...
dah buat segala macam cara dah..
pening jugak aku...haish,..

So,,sapa2 yang ada terbaca entry ni,,
boley la suggest kat aku camana nak tukaq..
coz aku dah search dah HOW TO CHANGE TEMPLATE..
but still macam hampeh..

Urm..k la..nak sambung study..
go..go..go..go..

Jumaat, 21 Mei 2010

Falsafah Yang Membunuh..

Ya Allah..serius susah gila2...
Kalo orang tanya boleyh jawab ka dak??
jawab tu boleyh..
Cuma betoi ka salah,,aku xtaw la..

Goreng punya goreng sampai  hangit..
Tambah2 bahagian struktur..
Paling masyuk sekali ialah  sumbangan Tokoh pun aku goreng garing..ha ha ha
Owh..sumbangan Awang Had Kelajuan Salleh???
erk,,,macam nak biol aku ingat..*padahal aku siap buat folio pasal dy lagi..

Erm...benda dah lepas pun..
aku dok geram sorang2 bukan dapat apa pun..
kalo bley buat markah aku automatically jadi A best gak..
Ok..lagi 3 papers to go...pulun sikit...

Pasni,,baca buku pun,,muka kena yakin ja..macam budalk kat bawah ni..ha ha ha..                

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru...

Alhamdulillah..
Hari ni dah 16 Mei..
Hari Guru..he he..seronok2..
kenapa??
sebab walaupun xjadi cikgu yang sah lagi,,
dah ada anak murid hantaq mesej ucap

"Selamat Hari Guru Cikgu Ilham,bila lagi cikgu nak mai sekolah saya??"
                                    
DAN

"Assalamualaikum cikgu comel..Selamat Hari Guru..saya rindu cikgu sangat2.."

..glurppp..telan ayaq liuq jap..
Dalam hati ni seronok xsangga..padahai dua org ja pun yang wish..
xpa2..
at least ada jugak insan kerdil yang sudi ucap  kat aku..
terima kasih izzah n fareez..
ni anak murid masa aku menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah
kat SK Jalan Datuk Kumbar dulu...
Walaupun seminggu ja aku kat sekolah tu,,depa ingat jugak kat aku..
Betoi la org kata "Semusim  kita bersama seumur hidup terasa"..eceh..padahai seminggu ja bersama..over plak..tapi betoi pa..terasa sampai skarang...rasa macam baru lagi....
Kadang-kadang,,benda2 macam ni la yang membuatkan aku berkobar-kobar dan xsabaq  untuk menjadi seorang guru satu hari nanti..

Kat bawah ni adalah sedikit cebisan bait2 indah Usman Awang tentang GURU... 


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.... :')








 



SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di seluruh DUNIA......

Sabtu, 15 Mei 2010

Terasa Bila Dah Tiada..

Hurm..baca ja title ni macam sedey ja kan??
actly memang sedey pun..
maktab tgh xdak ayaq..

Ya Allah..betapa peritnya kalo ayaq xdak..
ya la kan..nak wat apa2 sangat la susah.

kesan2 buruk hasil daripada ketiadaan ayaq :

1)nak kencing + berak xdak ayaq nak basuh..erk??
2)nak mandi pun xbley..berpeluh siott..busukkkk..tambah2 skang ni musim
panas..
3)baju nak basuh..kne stop jap..menimbun la ha baju dalam baldi..
4)nak minum pun masalah bila xdak ayaq..telan ayaq liuq ja la..
5)jerawat naik..hah??tetba ja jerawat naik..ya la kan..bila kita
berpeluh,,berminyak muka ni..nak basuh muka ayaq dah la terhad..
mula nak naik jerawat..adoi..

urm..tapi..apa kaitannya dengan tajuk entry ??
Terasa Bila Dah Tiada...
well..kita selalu leka,alpa,lena dibuai mimpi la bila ada
sesuatu yang berharga depan mata..
Sampai la Tuhan uji kita bila benda tu dah xdak..
baru kita nak sedaq...
terjaga dari mimpi yang lena..terkejut..terpana..semua la..
pastu mula nak mengamuk xtentu hala..
Macam ni la yang terjadi kat aku skang..
seblum ni waktu ada ayaq bukan main sronok lagi..mandi xhengat dunia..
bukak ayaq sikit punya laju..sampai banjir bilik ayaq..
kalo gosok gigi,,aku slalu ja biaqkan ayaq sinki tu terbuka...sampai penuh ayaq dalam
sinki..

ok..konklusinya..bersyukurlah dengan nikmat bekalan ayaq yang kita ada..
Sebab kita akan rasa betapa bernilainya nikmat ayaq tu bila dia xdak walaupun untuk seketika..


Rabu, 12 Mei 2010

EXAM..



Assalamualaikum..

X lama lagi aku dah nak exam..

kepada kawan2,pembaca blog ni,n sapa2 ja yg kenal aku,,

aku menyusun sepuluh jari..

memohon maaf jika ada salah dan silap..

mana la taw aku ada wat benda yang mengguris hati dan perasaan hampa tanpa sedar ka kan??

he he..k..tu ja..babai..

Khamis, 28 Januari 2010

PeLIK..tapi BenaR..

Assalamualaikum..rasanya,,dah hampir seminggu lebey x bukak blog ni..bukan kesuntukan masa or apa..just malas dengan internet maktab yang kurang bagus ni…lambat macam siput…he he..wat ever la kan..janji aku xkena buang maktab..=))Sejak dua menjak ni kan..aku jadi pelik la ngan pentadbiran maktab aku ni..xtaw la ianya berpunca daripada sapa…berikut adalah benda2 pelik yang berlaku yang agak menimbulkan tanda tanya yang menkompiuskan kepala aku..>>>>>


1)Ada arahan supaya memindah blog..(ape la kejadahnya???sigh…)

Actly,,2-3 tahun yang lepas,,belok yang didiami pelajar lelaki sekarang adalah blok plajar pompuan..tapi,,satu hari,,ada kes pencuri ka perompak ntah yang menceroboh msuk ke dalam blok pompuan dan sering kali terdapat org gila seks dok tunjuk “barang” dy kat budak pompuan....jadinya,,selepas insiden tu,,pelajar pompuan diarahkan berpindah ke blok plajar lelaki atas dasar ianya lebih selamat..itu rasionalnya perpindahan blok pada 2-3 tahun lepas..bley la diterima akal hendaknya…TATAPI,,apa yang berlaku hari ini,,setelah beberapa tahun hidup dengan selesa di blok masing2,warden wat gempak plak soh plajar pompuan pindah balik ke blok yang dulu..yakni blok plajar lelaki yang pernah dicerobohi ketika zaman plajar pompuan duduk kat situ dulu…atas rasional,,masa cuti last year,,blok budak pompuan,,ada gangguan makluk halus…adeh…bukan apa..makluk2 ghaib ni,,kat mana2 pun ada kan???kita sebagai manusia,,yang juga makhluk sepertinya juga,,sentiasa la beringat..insyaAllah BENDA tu xkan kacau kita…lain la kalo sengaja p main “spirit of coin” la..dan macam2 lagi aktiviti yang menjurus kepada kedatangan ia..as a muslim..baca al`Quran at least a page a day..baca ayat kursi byk2..insyaAllah xdak apa2...kembali kepada topic asal..pasal pindah blok ni..alasan perpindahan kali ini,,sungguh tidak kukuh…aku bukan apa..takut pisang berbuah dua kali..insiden merompak,,meragut,,mencurik tu berulang bila plajar pompaun dok blok lama balik…risau la…katanya warden,,akan ada 22 org pak guard akan kawal asrama pompuan…daripada membazir bayar gaji amik pak guard banyak2,,baik gunakan wang tu untuk tampung peruntukan Program Bina Insan Guru(BIG) yang telah dipotong peruntukannya…ye dak????ada la jugak kebaikannya…lagi satu,,nak angkut barang ke hulu ke hilir masa pindah blok dah jd satu hal lagi..bley plak warden cakap nak sewakan lori angkut barang pelajar2..xke membazir namanya???…tapi,,apakan daya,,sebagai org bawahan..yakni pelajar yang tidak punya apa2 kuasa ,,aku hanya mampu menurut arahan..tgu ja la hitam putih..nak bantah xjadi apa2 dah…coz surat bantahan dah dihantar..tapi macam dipandang enteng ja oleh pihak pentadbir…*well,,that’s life as a training teacher at Terengganu that get elaun.isu elaun menjadi alasan utama kenapa aku perlu ikut ja peraturan even kadang2 ianya langsung xmasuk akal…..…xsama macam student IPTA yang lain..kononnya,,sebagai bakal guru,,tidak sama seperti pelajar di IPT lain..come on la..maktab lain pun nak lahirkan guru..napa lepak ja???sampai kan kakak aku yang kat maktab kat Batu pahat tu kata camni”dalam banyak2 maktab kat Malaysia ni,,maktab hang la yang paling bangang skali”*maktab hang adalah merujuk kepada maktab aku…padan muka aku…terseksanya hidup kat sini,,hanya Tuhan yang tahu..bukannya aku xmensyukuri nikmat Tuhan..Cuma kadang2 aku benci dengan tittle “Bandaraya “yang dimiliki oleh ibu negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu..ianya langsung tidak layak untuk digelar bandaraya..yang layak hanyalah pekan koboi kot…seteruk2 Aloq Staq ,,teruk lagi Terengganu…dah la mahal gle barang2 kat sini..especially the food..very the expensive…xcaya,,sila la mai Terengganu..apa yang paling mengejutkan aku adalah apabila mengetahui bahawa Kuala Terengganu is the 2nd city in Malaysia which having the highest living cost after Putrajaya….gila kapo????ibu negeri yang hanya mempunyai shopping mall seperti MYDIN MALL dan GIANT mampu mengalahkan ibu2 negeri lain yang lebih maju seperti IPOH,JB,SHAH ALAM n so on…apa2 pun,,itulah hakikatnya….

*pssssssst:nak mandi kat tandas kat Terengganu ni ada yang kena bayar RM2 wooooooo..gile bapak punya mahal…bab2 kapak duwet org sungguh hebat di sini..

2)Penutupan Bilik Komputer(BIKOM)

Apa la yang xsempurna lagi dimata pengarah IPG aku ni???BIKOM tu xkacau sapa2 pun…memberi manfaat lagi ada…Disitu la tempat aku membeli makanan ringan dan minuman2 seperti ayaq kotak dan ayaq tin serta potostating waktu malam..ye ar..maktab aku bukan macam university...malam2 pompuan xbley kuaq kalo xdak keta..nak potostat ka apa,,suma siang..tapi,,setelah BIKOM ni dibuka pada ujung tahun lepas,,sedikit sebanyak,,dapat la menjimatkan tenaga dan duwet serta memudahkan aku dan warga maktab2 untuk mempotostat nota2 ka apa..kebetulan,,baru2 ni,,aku xjoin potostat kelas dah..sebab teringatkan kat BIKOM ada potostat dengan harga serendah RM0.04 sehelai jika melebihi 101 keping..tapi,,panas yang aku sangka sampai aku dapat degree,,rupanya ribut taufan dikala aku baru melangkah masuk degree..sedey doe..…kat maktab aku ni,,just ada satu koop yang dibuka pada jam8 pagi hingga la jam 4.30ptg…dah la potostat kat koop tu sekeping RM0.10..xkira la seribu keeping ka apa,,tetap RM0.10..gile xhengat nak telan duwet pelajar…kesian doe kat mak cik yang jaga BIKOM tu…ye ar..tu periuk nasi dy…masa mula2 bukak dulu pun,,bukan dy pandai2 sendirik bukak..ada kelulusan dari pengarah wooo..pengarah sendiri yang tandatangan…rupa2nya,,semalm masa mak cik tu dapat notis tutup BIKOM,,pengarah kata dy xbaca bagi habis apa benda yang terkandung dalam surat yang dia tandatangan masa BIKOM nak diluluskan satu ketika dulu..dat’s pengarah punya fault…sapa soh xbaca???mak cik tu kalo ikutkan,,bley ja nak saman pengarah tu…saman malu ngan ganti rugi serta saman pengajaran..tapi,,disebabkan prosedur panjang,,mak cik tu pindah ja coz dy pun ada kedai potostat dan runcit sendiri..dy ckp,dy jual minuman n makan ringan n potostat murah2 n fail2 sikit kat BIKOM tu pun just atas niat nak tolong budak2 maktab..see…mak cik yang mengaji xbrapa tinggi pun ada perasaaan belas kasihan tgk budak2 maktab yang kalo nak g kuar kena jalan jauh + bahaya plak tu..ni,, pengarah maktab sendiri xbley nak ada perasaan timbang rasa kat pelajar yang berada di bawah jagaan dia sepatutnya….

3)LARANGAN MAKAN KAT KEDAI POK PIN…

Taw x yang Pok Pin tu berniaga depan maktab kenapa???sebab,,itu memang dy punya punca pendapatan…betol la kan??.dari zaman tok nadok lagi pok pin tu dah bertapak kat situ…sampai ex cikgu biologi aku kat skolah gopeng a.k.a cikgu fazli yang macho tu pun kenai pok pin tu(kalo cikgu fazli baca ni mesti bangga)..cikgu aku cakap,,pok pin tu dy punya TEH O dy murah..ya!!aku setuju..teh O masa zaman cikgu aku,,3kupang ja secawan..zaman aku standard kat pok pin ni,,the O dalam 5 ke 7 kupang ja..ni ja la satu2 nya kedai makan termurah kat area maktab aku..nak harapkan kafe??hampeh..pengarah just tawu nak soh student makan kat kafe..dy xpulak g makan kat kafe…bley plak dy g makan kat luar…sepatutnya,,dy kena sekat diri dy dan pensyarah2 lain supaya tidak makan kat luaq..baru la dikatakan adil..pahit manis ditelan bersama..baru timbul kemesraan..cewoh..ha ha..kembali pada topik..pagi tadi,,tetba,,aku dengaq,,bdak2 maktab xleh kuar even ke kedai pok pin pada waktu kuliah mahupun waktu rehat…haish…apekah???menyekat periuk nasi org taw x???..aku bukan apa..sian kat pok pin..kalo budak2 maktab xbley g makan kat kedai dy,,sapa lagi nak g makan???nak harapkan org2 kampung,,apa lah sangat kalo nak d bandingkan dengan plajar2 maktab yang seringkali menyerbu gerai usang dy tu…mcamana la salary dy untuk hari2 pasni kn???mesti bihun goreng,mee goreng,,nasi goreng,,kuih muih,,nasi lemak dy xhabis kan??…sian weh..pok pin tu dah tua..aku rasa kan,,umur dy panjang sebab org slalu doakan dy kot..lagi satu,,dy berniaga ikhlas…mesti org doa supaya dy panjang umor kan??antaranya adalah aku..sebab aku nak pok pin tu bukak gerai sampai aku abis degree..he he eh..jimat duwet aku…gerai pok pin sungguh berbeda dengan kafe kat maktab aku tu,,makanan xsedap..kebersihan xjaga..harga mahal..pendek kata,,suma yang buruk,,suma ada kat kafe..ye ar..dah kat maktab ni xdak kafe lain..bley la dia sesuka hati wat sambil lewa..cuba ada kafe lagi satu..kompem bankrup…disebabkan xterpancar keikhlasan ketika berniaga kan,,dy punya owner tetap xkaya2 sebab slalu kapak duwet org..ha ha..memang banyak la org menyumpah seranah..dan org itu antaranya adalah aku..keh3..betol weh..slalunya kan,,kalo org tu ada pegang tender kafe kan,,mesti dy kaya ye dak????ni kan aku tgk..dok macam tu ja…xkaya2 pun...prove that doa orang-orang yang teraniaya dimakbulkan..ek kee ke e ke ekek eke..ha ah aha ah ..


nota kaki:nak tukar maktab mcam susah..bapak aku bukan pengarah BPG..aku kena redho ja la..tapi,,untuk mencapai tahap keredhaan hati ni yang hakiki,,fuh..mau aku berak taik keras dulu...susah weh..tambah2 aku yang jenis keras kepala ni..hurM~~~~~~~..Orang skarang ni,,kalo naik pangkat sikit ja,,mula nak gila kuasa..cuba rileks2 ja..paham org2 bahawan sket...baru la org sayang...kan???opss...terEMOSI plak..k2..chill=))

Rabu, 27 Januari 2010

Permata's Pic....

Hurm..sebenarnya,,dah lama aku nak letak pics dak kecik firdaus ni..tapi dok tertangguh ja..he he he he...tetba,,malam tadi,,kawan lama aku masa kat gopeng dulu iaitu Lynn Linda write something kat fesbuk aku pasal blog aku ni..then,,aku janji nak letak pics dak kecik ni..ok...jom tengok..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.












ni masa dalam keta tyme nak p penang..macam playboy plak tengok dy..=))

















ni kat taman botani kat penang..masa ni ada pameran bunga orkid....tergedik2 nak soh org amik gambar dy..













masa ni kat hentian jalan duta..baik gila muka..he he














ni kat zoo negara kot..















ni mesti la ngan mak meyl..ha ha ha...tyme ni nak p makan durian kat Kuala Nerang...mak aku cakap,,tyme aku xdak,,mak aku beli durian,,dy sentuh pun x...kentut busuk la makan durian..macam2 la alasan dy bagi..tapi,,bila p kat Kuala Nerang ni,,aku makan durian,,dy pulak sama naik ngan aku makan banyak..mak aku geram gila....Ini bermakna,,mak meyl punya aura untuk membuatkan dy berselera...ha ha ha..kalo dok ngan mak meyl,,kompem gemuk..he he..baru sihat..ni macam xdak zat ja...












ni gambar dia ngan mak aku...yang kadang2 dy panggil ustazah..kadang2 panggil tok..ceria gila muka..tyme ni kat zoo negara..seronok tgk gajah kot..sengih sampai ke telinga..ha ha












ni ngan cik anggun a.k.a kak ngah aku...kak aku ni suka ajaq dak kecik ni wat mulut macam2..he he..













ni pic sebelum nak p surau..dy soh amik gambaq dulu..suka sangat ngan kamera...














khusyuk makan cekedis..















wat muka comeyl...ha ha.
















ni ngan cik endang..kakak atas aku yang dok kat maktab Batu Pahat tu..
















bergaya la kononnya ni..
















ni kat atas trem masa kat zoo negara...




psssst:ni ja la yang mampu aku sajikan...dikala aku buka henpon,,pasti aku akan teringat jugak nak tgk gambaq budak kecik ni..latest news yang aku dapat dari mak aku,,ex-guru besar mak aku cakap,,dak kecik ni dah pindah ke satu tempat di wang tepuih..aku xpasti kat mana...dan dy dah pindah skolah..dah xskolah kat SK ALOR SETAR lagi..sedey doeee...tipu la kalo aku dah lupa dy...to forget NOT!!!sampai mati,,aku akan ingat dak kecik yang banyak kerenah,bijak berkata2 dan chomeyl ni..besar nanti mesti dy hensem..aku harap dy jadi insan yang berguna satu hari nanti...tapi,,tu harapan aku ja..harapan mak ayah dy???aku xtaw la.aku just takut dy rosak..apa2 pun,,Allah itu Maha Kuasa..Maha Adil..Maha Penyayang..sebagai insan yang kerdil,,aku hanya mampu berdoa apa yang terbaik untuk dy..k..till then..bye....assalamualaikummmm..